Perbandingan Manuskrip Al-Quran ‘Tertua’ Yang Dijumpai Dengan Mushaf Kini

Dikatakan bahawa beberapa helai manuskrip al-Quran paling tua yang diperbuat daripada kulit binatang telah dijumpai berada di dalam simpanan University of Birmingham, United Kingdom.  Menurut pengkaji, berdasarkan ujian radiokarbon yang dilakukan, dianggarkan bahawa usia manuskrip tersebut mungkin 1370 tahun.  Ujian juga telah mencadangkan beberapa tarikh kemungkinan manuskrip tersebut wujud, iaitu dalam julat tahun 568 hingga 645 masihi.  Allahu A`lam.

Berita mengenai penemuan ini boleh dibaca di sini:  http://www.bbc.com/news/business-33436021

Sebagai contoh:  Jika dianggap bahawa manuskrip tersebut wujud pada tahun 645 masihi, maka ia berkemungkinanwujud pada zaman pemerintahan sayyidina `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu menjadi Amirul Mukminin kerana beliau menggantikan sayyidina `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu yang dibunuh pada tahun 644 masihi.

Atau mungkin manuskrip itu wujud sebelum dari itu lagi berdasarkan julat tahun yang diberikan.  Tetapi tidak mungkin lebih awal dari 610 masihi kerana Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam menjadi Rasulullah (menerima wahyu pertama) pada tahun 610 masihi dan Baginda wafat pada tahun 632 masihi.  Secara lojiknya, manuskrip tersebut tentu wujud di akhir hayat Baginda atau selepas kewafatan Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam.

Allahu A`lam.  Kemungkinan-kemungkinan yang saya senaraikan di atas adalah berdasarkan fakta angka yang disebut di awal tulisan yang diperolehi dari kajian yang telah buat.  Tentulah ada ralat samada banyak atau sedikit.

Tulisan ini bukanlah mahu mengkaji secara kritis mengenainya.  Cuma sekadar mahu menikmati penemuan yang mengujakan ini.  Memang rasa teruja tatkala membaca berita ini.  Kepada ALLAH lah kita puji dan tasbih!

Saya telah meneliti tulisan di dalam manuskrip tersebut melalui foto yang telah dimuatnaik oleh sumber di atas.  Saya dapati ia adalah helaian yang mengandungi sebahagian ayat-ayat al-Quran dari surah Maryam hingga surah Taha.  Foto-foto di bawah dihasilkan bagi membuat perbandingan antara manuskrip yang dijumpai tersebut dengan mushaf kini:

Slide1 Slide2 Slide3 Slide4 Slide5 Slide6

Allahu A`lam.  Itulah dapatan saya.

Untuk membaca makna ayat-ayat di atas, tuan/puan bolehlah menjenguk ke laman berikut:

Penemuan seperti ini memang suatu yang mengujakan kita semua.  Sekiranya penemuan ini benar, maka sekurang-kurangnya kita dapat melihat bagaimana ayat-ayat al-Quran ditulis sewaktu zaman dahulu.  Yang mana huruf-hurufnya ditulis tanpa titik dan baris.  Dan ia ditulis di atas kulit binatang.  Allahu Akbar!

Dan antara manfaat iman yang boleh diperolehi ialah semakin kukuh iman kita kepada firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH pasti akan memelihara al-Quran sejak ia diturunkan kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sampai pada zaman kita hidup dan sampai ke Hari Kiamat.  Firman ALLAH Ta`ala:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

(Surah al-Hijr, 15:9)

Maklumat tambahan yang boleh dimanfaatkan dari penemuan manuskrip tersebut ialah mengenai pengumpulan dan penyusunan ayat-ayat dan surah-surah al-Quran yang sudah mengikut tertib seperti yang ada pada hari ini.  Jika pada tahun 645 masihi al-Quran sudah disusun mengikut tertib, ini mungkin bermakna al-Quran sudah disusun lebih awal lagi sebagaimana sebahagian pendapat para ulama yang mengatakan bahawa al-Quran telah disusun pada zaman Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam lagi.  Allahu A`lam.

Semoga ALLAH Ta`ala menjadikan kita semua orang-orang yang suka membaca dan mendampingi al-Quran, amin…

muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: