Monthly Archives: September 2015

Tabung Khas Untuk Qurban

Mungkin ada sesetengah orang terlepas peluang melakukan ibadah qurban tahun ini.  Buat pengetahuan semua, hukum ibadah qurban dalam madzhab asy-Syafi`i adalah sunat muakkad bagi yang berkemampuan.  Sesetengah madzhab yang lain mengatakan ia WAJIB.  Sebaik-baiknya jangan kita pandang ringan ibadah qurban ini.  Yang ada duit dan mampu, mesti lakukannya.

Sebagai perancangan untuk tahun depan apa kata dibuat TABUNG KHAS untuk melakukannya?

Sebagai contoh pada tahun 2015 di Shah Alam, harga seekor kambing ialah antara RM800 – RM900.  Manakala harga 1 bahagian lembu ialah RM500 – RM600.  Bahagikan jumlah tersebut kepada 12 bulan dan jumlah tersebut dimasukkan ke dalam TABUNG KHAS di atas secara bulanan.

Contoh:

Jika seekor kambing:
RM900 ÷ 12 bulan = RM75 bulanan.

Jika 1 bahagian lembu:
RM600 ÷ 12 bulan = RM50 bulanan.

In shaa’ ALLAH dengan jumlah di atas tuan/puan mampu untuk menabungnya.

Berdasarkan contoh di atas, jika kita berhasrat untuk melakukan ibadah seekor kambing pada tahun hadapan, maka tabungannya adalah seperti berikut:

  • Muharram:  RM75
  • Safar:  RM75
  • Rabi`ul Awwal:  RM75
  • Rabi`ul Akhir:  RM75
  • Jamadil Awwal:  RM75
  • Jamadil Akhir:  RM75
  • Rajab:  RM75
  • Sya`ban:  RM75
  • Ramadhan:  RM75
  • Syawwal:  RM75
  • Dzulqa`idah:  RM75
  • Dzulhijjah:  RM75 (ibadah qurban dilakukan pada 10 – 13 Dzulhijjah)
  • JUMLAH = RM900

Ini adalah untuk ALLAH.  Sebagai ta`abbudi kita kepada ALLAH.  Iaitu penghambaan dan sifat hamba kita kepada ALLAH dalam menyahut seruannya agar melakukan ibadah qurban.

In shaa’ ALLAH, tahun depan dapatlah kita ramai-ramai ambil bahagian melakukan ibadah qurban.  Azam ye!!! 🙂

muzir.wordpress.com


Khutbah al-Wada`(Perpisahan)

Pada hari ke-8 bulan Dzulhijjah (Hari Tarwiyyah), Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bergerak menuju Mina.  Di situ Baginda menunai solat Zuhur, `Asar, Maghrib, `Isya’ dan Subuh (5 waktu solat) kemudian Baginda menanti sekejap sehingga terbit matahari.  Kemudian Baginda pun bergerak ke `Arafah.  Sesampainya di `Arafah, Baginda mendapati sebuah khemah telah terpasang dan disediakan untuk Baginda, lalu Baginda singgah di situ.

Apabila matahari telah gelincir, Baginda memanggil unta al-Qaswa’ dan menunggangnya lalu datang ke lembah itu (`Uranah).  Ketika itu terdapat 124,000 atau 144,000 orang yang sedang berkumpul.  Lantas Nabi bangun untuk menyampaikan khutbahnya.  Inilah khutbah yang merangkumi semua maksud seperti yang disampaikannya: Continue reading


Muhasabah Buat Parti Politik Baharu & Lama

Suka atau tidak suka, nampaknya satu lagi parti politik baharu telah tertubuh.  Di dalamnya ada beberapa tokoh yang kita hormati dan segani.

Inilah politik.  Ijtihad sangat luas dalam politik.  Dan seeloknya kita berlapang dada dan menghormati pilihan masing-masing.

Siapa pun mereka, sebagai orang yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat mestilah menjadikan ayat ALLAH berikut sebagai muhasabah dan panduan dalam berpolitik dan bekerja-pasukan.

ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

(Surah aali `Imran, 3:104)

Dan ALLAH juga berfirman:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”

(Surah an-Ma’idah, 5:2)

Al-khair, al-ma`ruf, al-munkar, al-birri, at-taqwa, al-ithmi dan al-`udhwan yang disebut di dalam ayat-ayat di atas mestilah difahami dan ditindaki berdasarkan kehendak ALLAH.  Bukan kehendak sendiri, nafsu sendiri dan kepentingan sendiri.  Allahu A`lam.

Kepada ALLAH lah kita pinta agar DIA pelihara kita semua, amin…

muzir.wordpress.com


%d bloggers like this: