Khutbah al-Wada`(Perpisahan)

Pada hari ke-8 bulan Dzulhijjah (Hari Tarwiyyah), Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bergerak menuju Mina.  Di situ Baginda menunai solat Zuhur, `Asar, Maghrib, `Isya’ dan Subuh (5 waktu solat) kemudian Baginda menanti sekejap sehingga terbit matahari.  Kemudian Baginda pun bergerak ke `Arafah.  Sesampainya di `Arafah, Baginda mendapati sebuah khemah telah terpasang dan disediakan untuk Baginda, lalu Baginda singgah di situ.

Apabila matahari telah gelincir, Baginda memanggil unta al-Qaswa’ dan menunggangnya lalu datang ke lembah itu (`Uranah).  Ketika itu terdapat 124,000 atau 144,000 orang yang sedang berkumpul.  Lantas Nabi bangun untuk menyampaikan khutbahnya.  Inilah khutbah yang merangkumi semua maksud seperti yang disampaikannya:

“Hai manusia, dengarlah kata-kataku.  Sesungguhnya aku tidak mengetahui entahkan aku tidak akan bertemu kamu lagi selepas tahun ini di tempat ini selama-lamanya.”  4

“Sesungguhnya darah dan harta kamu adalah haram terhadapmu sebagaimana kehormatan hari ini pada bulan ini dan di negeri kamu ini.  Ingatlah, semua perkara berhubung dengan kelakuan jahiliyyah telah terhapus di bawah tapak kakiku ini.  Darah yang ditumpahkan semasa jahiliyyah dihapuskan.  Tuntutan darah yang pertama aku hapuskan ialah darah Ibn Rabi`ah bin al-Harith (Ibn Rabi`ah sedang mencari wanita penyusu di tempat Bani Sa`ad, tiba-tiba dia dibunuh oleh kabilah Hudayl).  Riba jahiliyyah semua terhapus, dan riba kita yang pertama sekali aku hapuskan ialah riba `Abbas bin `Abd al-Muttalib, riba itu semuanya telah terhapus.”

“Bertaqwalah kepada ALLAH dalam soal wanita kerana kamu mengambil mereka dengan amanah ALLAH.  Kamu menghalalkan faraj mereka dengan kalimah ALLAH.  Mereka berkewajiban menunaikan tanggungjawab terhadap kamu iaitu dengan tidak membenarkan seorang pun yang kamu tidak suka masuk ke rumahmu.  Jika mereka melakukan demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan.  Dan kamu pula berkewajiban memberikan hak mereka yang berupa makan minum dan pakaian secara baik.”

“Aku tinggalkan kepada kamu sesuatu yang kita kamu berpegang dengannya selama-lamanya, kamu tidak akan sesat, iaitu kitab ALLAH.”  5

Hai manusia, sesungguhnya tidak ada Nabi lagi selepasku, dan tidak ada umat lagi selepas kamu.  Ingatlah, maka sembahlah Tuhanmu, tunaikan solat 5 waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat hartamu dengan penuh kerelaan jiwa, tunaikanlah haji di Rumah Tuhanmu dan taatilah para pemimpin yang mengendalikan urusanmu, nescaya kamu akan dapat masuk Syurga Tuhanmu.”  6

“Tentu ada yang kamu ingin tanyakan tentangku, maka sebutlah apa yang ingin kamu katakan.”

Mereka menjawab:

“Kami mempersaksikan bahawa engkau benar-benar telah menyampaikan, menunaikan dan menasihati.”

Lalu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke langit dan sesekali menghalakannya kepada orang ramai, Baginda berkata:

“Ya ALLAH, saksikanlah.”

Diulangnya kata-kata itu sebanyak 3 kali.  7

Orang yang berteriak mengucapkan semula kata-kata Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam (supaya dapat didengar oleh orang ramai semasa Baginda berada di `Arafah itu) ialah Rabi`ah bin Umayyah bin Khalaf.  8

Selesai Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam menyampaikan khutbahnya, turunlah kepada Baginda ayat al-Quran:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

“Pada hari ini AKU telah sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan AKU telah cukupkan ke atas kamu nikmatKU, dan AKU telah redha untuk kamu Islam sebagai agama.”

(Surah al-Ma’idah, 5:3)

Tatkala `Umar mendengar ayat itu dibaca oleh Baginda, maka beliau pun menangis.  Lalu orang bertanya kepadanya:  “Mengapa engkau menangis”.  Jawabnya:  “Tidak ada selepas kesempurnaan melainkan akan datanglah kekurangan.”  9

Setelah selesai khutbah, Bilal pun azan dan iqamat.  Kemudian Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam menunaikan solat Zuhur bersama orang ramai.  Setelah itu diiqamatkan sekali lagi, kemudian Baginda menunaikan solat `Asar pula (secara jama`) tanpa diselangi antara 2 solat itu dengan solat yang lain.  Kemudian Baginda menunggang untanya dan datang ke tempat wuquf.  Dilepaskan untanya merapatkan perutnya ke batu-batu dan tali untanya berada di hadapannya.  Sambil mengadap qiblat (di atas unta) Baginda berwuquf hingga terbenam matahari dan warna kuning di langit hilang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya bebola matahari itu hilang dari pandangannya.

Begitulah serba sedikit peristiwa yang berlaku tatkala Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam menyampaikan khutbah perpisahan yang berlaku pada 9 Dzulhijjah tahun ke-10 Hijrah.  Kisah di atas telah dipetik dari kitab terjemahan ar-Rahiq al-Makhtum karya Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri.

Semoga kita semua dapat tekuni kandungan khutbah tersebut dan memberikan perhatian yang besar terhadapnya.  Semoga ALLAH pelihara kita semua, amin…

Allahumma solli `ala Muhammad, wa `ala aali Muhammad.

– muzir.wordpress.com

—————————————————–

Nota kaki (dipetik dari kitab terjemahan ar-Rahiq al-Makhtum)

  • 4  Ibn Hisham, 2/603
  • 5  Sahih Muslim, 1/397
  • 6  Ma`din al-A`mal, riwayat Ibn Majah dan Ibn `Asakir.  Rahmah lil `Alamin, 1/623.
  • 7  Muslim, 1/397
  • 8  Ibn Hisham, 2/605
  • 9  Riwayat al-Bukhari daripada Ibn `Umar… Rujuk:  Rahmah lil `Alamin, 1/265

One response to “Khutbah al-Wada`(Perpisahan)

  • Shahmuzir

    Ini adalah versi yang dipetik dari multaqa ahlil hadith:
    http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=322151

    بسم الله الرحمن الرحيم
    نص خطبة الوداع

    أيُّها النَّاسُ، اسمعوا قولي، فإنِّي لا أدري لعلِّي لا ألقاكم بعدَ عامي هذا، بِهذا الموقِفِ أبدًا.
    أيُّها النَّاسُ، إنَّ دماءَكم وأموالَكم عليْكُم حرامٌ، إلى أن تلقَوا ربَّكم كحُرمةِ يومِكم هذا، وَكحُرمةِ شَهرِكم هذا، وإنكم ستلقونَ ربَّكم، فيسألُكم عن أعمالِكم وقد بلَّغتُ، فمن كانت عندَهُ أمانةٌ فليؤدِّها إلى منِ ائتمنَهُ عليْها وإنَّ كلَّ ربًا موضوعٌ، ولكن لَكم رؤوسُ أموالِكم، لا تظلِمونَ ولا تُظلَمونَ قضى اللَّهُ أنَّهُ لا ربًا وإنَّ ربا العبَّاسِ بنِ عبدِ المطَّلبِ موضوعٌ كلُّهُ، وإنَّ كلَّ دمٍ كانَ في الجاهليَّةِ موضوعٌ، وإنَّ أوَّلَ دمائكم أضعُ دمَ ربيعةَ بنِ الحارثِ بنِ عبدِ المطَّلب- وَكانَ مستَرضَعًا في بني ليثٍ، فقتلتْهُ هُذيلٍ- فَهوَ أوَّلُ ما أبدأُ بِهِ من دماءِ الجاهليَّةِ ..

    أما بعدُ أيُّها النَّاس، إنَّ الشَّيطانَ قد يئِسَ أن يعبدَ في أرضِكم هذِهِ أبدًا، ولَكنَّهُ أن يطاعَ فيما سوى ذلِكَ فقد رضِيَ بهِ مِمَّا تحقِّرونَ من أعمالِكم، فاحذروهُ على دينِكُم.

    أيُّها النَّاسُ: « إِنَّمَا النَّسِيءُ زِيَادَةٌ فِي الْكُفْرِ يُضَلُّ بِهِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُحِلُّونَهُ عَامًا وَيُحَرِّمُونَهُ عَامًا لِيُوَاطِئُوا عِدَّةَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ فَيُحِلُّوا مَا حَرَّمَ اللَّهُ » ، ويحرِّموا ما أحلَّ اللَّهُ، وإنَّ الزَّمانَ قدِ استدارَ كَهيئتِهِ يومَ خلقَ اللَّهُ السَّمواتِ والأرضَ، وَ «إنَّ عدَّةَ الشُّهورِ عندَ اللَّهِ اثنا عشَرَ شَهراً منْها أربعةٌ حُرُمٌ» ، ثلاثةٌ متواليةٌ، ورجبُ الَّذي بينَ جُمادى وشعبانُ.

    أمَّا بعدُ أيُّها النَّاسُ، فإنَّ لَكم على نسائِكم حقًّا ولَهنَّ عليْكم حقًّا، لَكم عليْهنَّ أن لا يوطِئْنَ فُرُشَكم أحدًا تَكرَهونَه، وعليْهنَّ أن لا يأتينَ بفاحشةٍ مبيِّنةٍ، فإن فعلنَ فإنَّ اللَّهَ قد أذنَ لَكم أن تَهجُروهنَّ في المضاجِعِ، وتضرِبوهنَّ ضربًا غيرَ مبرِّحٍ، فإنِ انتَهينَ فلَهنَّ رزقُهنَّ وَكسوتُهنَّ بالمعروفِ واستوصوا بالنِّساءِ خيرًا، فإنَّهنَّ عندَكم عَوانٍ لا يملِكنَ لأنفسِهنَّ شيئًا، وإنَّكم إنَّما أخذتُموهنَّ بأمانةِ اللَّهِ، واستحللتُم فروجَهنَّ بِكلمةِ اللَّهِ، فاعقلوا أيُّها النَّاسُ قولي، فإنِّي قد بلَّغتُ وقد ترَكتُ فيكم ما إنِ اعتصمتُم بِهِ فلن تضلُّوا أبدًا، أمرًا بيِّنًا كتابَ اللَّهِ وسنَّةَ نبيِّهِ .

    أيُّها النَّاسُ، اسمعوا قولي واعقِلوهُ تعلمُنَّ أنَّ كلَّ مسلمٍ أخو للمسلِمِ، وأنَّ المسلمينَ إخوَةٌ، فلا يحلُّ لامرئٍ من أخيهِ إلا ما أعطاهُ عن طيبِ نفسٍ منه فلا تظلِمُنَّ أنفسَكمُ اللَّهمَّ هل بلَّغتُ قالوا: اللَّهمَّ نعَم، فقالَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّم: اللَّهمَّ اشْهَدْ.

    الراوي: – المحدث: الألباني – المصدر: فقه السيرة – الصفحة أو الرقم: 454
    خلاصة حكم المحدث: جاء سندها في أحاديث متفرقة: وقسم كبير منها رواه مسلم
    المصدر: الدرر السنية

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: