Tabung Khas Untuk Qurban

Mungkin ada sesetengah orang terlepas peluang melakukan ibadah qurban tahun ini.  Buat pengetahuan semua, hukum ibadah qurban dalam madzhab asy-Syafi`i adalah sunat muakkad bagi yang berkemampuan.  Sesetengah madzhab yang lain mengatakan ia WAJIB.  Sebaik-baiknya jangan kita pandang ringan ibadah qurban ini.  Yang ada duit dan mampu, mesti lakukannya.

Sebagai perancangan untuk tahun depan apa kata dibuat TABUNG KHAS untuk melakukannya?

Sebagai contoh pada tahun 2015 di Shah Alam, harga seekor kambing ialah antara RM800 – RM900.  Manakala harga 1 bahagian lembu ialah RM500 – RM600.  Bahagikan jumlah tersebut kepada 12 bulan dan jumlah tersebut dimasukkan ke dalam TABUNG KHAS di atas secara bulanan.

Contoh:

Jika seekor kambing:
RM900 ÷ 12 bulan = RM75 bulanan.

Jika 1 bahagian lembu:
RM600 ÷ 12 bulan = RM50 bulanan.

In shaa’ ALLAH dengan jumlah di atas tuan/puan mampu untuk menabungnya.

Berdasarkan contoh di atas, jika kita berhasrat untuk melakukan ibadah seekor kambing pada tahun hadapan, maka tabungannya adalah seperti berikut:

  • Muharram:  RM75
  • Safar:  RM75
  • Rabi`ul Awwal:  RM75
  • Rabi`ul Akhir:  RM75
  • Jamadil Awwal:  RM75
  • Jamadil Akhir:  RM75
  • Rajab:  RM75
  • Sya`ban:  RM75
  • Ramadhan:  RM75
  • Syawwal:  RM75
  • Dzulqa`idah:  RM75
  • Dzulhijjah:  RM75 (ibadah qurban dilakukan pada 10 – 13 Dzulhijjah)
  • JUMLAH = RM900

Ini adalah untuk ALLAH.  Sebagai ta`abbudi kita kepada ALLAH.  Iaitu penghambaan dan sifat hamba kita kepada ALLAH dalam menyahut seruannya agar melakukan ibadah qurban.

In shaa’ ALLAH, tahun depan dapatlah kita ramai-ramai ambil bahagian melakukan ibadah qurban.  Azam ye!!! :)

muzir.wordpress.com


Leave a comment