Monthly Archives: October 2015

Pembelian Al-Quran Untuk Diwaqafkan

 

wpid-wp-1446166953418.jpeg

Pembelian Al-Quran Beserta Terjemahan Untuk Diwaqafkan ke Masjid / Surau /Pondok Pengajian / Sekolah / Institusi Dakwah

Ramai maklum tentang kepentingan memahami maksud mesej di dalam al-Quran.  Namun masih ramai mengabaikannya.  Malah banyak masjid, surau, pondok pengajian, sekolah dan institusi dakwah tidak mempunyai atau terlalu sedikit mushaf al-Quran beserta terjemahan di premis mereka.

Atas sebab inilah maka usaha ini dilakukan supaya mushaf al-Quran beserta terjemahan dapat disebarkan ke tempat-tempat tersebut dan diambil manfaat oleh ramai, in shaa’ ALLAH.  Semoga mesej al-Quran difahami para pembacanya dan semoga para penyumbang beroleh pahala yang berpanjangan, amin…

Butiran mushaf al-Quran:
– Harga RM50 sebuah (Harga asal RM59.90)
– Bersaiz 19cm x 25.5cm.
– Diluluskan KDN.
– Rasm Uthmani.
– Telah disemak oleh sekumpulan panel pakar.
– Berkulit keras.
– Sila rujuk gambar di atas.

Buat tuan/puan yang berminat menyertai usaha ini, bolehlah terus masukkan jumlah yang dikehendaki ke akaun berikut:

=====
Maybank:  162272504827
CIMB Islamic:  12770006681202
Atas nama:  Shahmuzir bin Nordzahir
Email:  shahmuzir@yahoo.com
=====

Sila maklumkan ke 019-3826408 (SMS/WhatsApp) sekiranya sudah memasukkan ke akaun di atas, untuk tujuan rekod dan pengurusan.

Semoga ALLAH terima dan ganjari dengan kebaikan atas amalan-amalan kebaikan yang kita semua lakukan, amin… Continue reading


Daurah Tafsir Al-Quran Lengkap 30 Juzuk oleh Maulana Hadi

Berikut adalah pautan kepada video-video sebanyak 296 sesi merangkumi kuliah tafsir al-Quran lengkap 30 juzuk iaitu 114 surah yang dirakam ketika Daurah Tafsir yang diadakan di Pondok Darul Uloom, Laklok, Jerteh, Terengganu pada 2 Jun 2015.  Kuliah tafsir disampaikan oleh Maulana Abdul Hadi Yaakob.

Semoga ALLAH memberkati dan memelihara beliau sekeluarga, amin.  Juga buat hamba-hamba ALLAH yang berkongsi memuatnaikkan video-video tersebut ke Youtube, amin.  Semoga ALLAH mengurniakan mereka semua dengan Syurga, amin…

Atau terus boleh mendengarnya dengan mengklik video di bawah:

 

Selamat mentalaah.  Semoga ia bermanfaat buat kita semua, amin…


%d bloggers like this: