Doa Saat Dizalimi Penguasa/Penjajah

Sekumpulan ahli sihir yang pada asalnya dipanggil untuk menyanggah dakwah Nabi Musa `alaihis salam telah berpaling tadah setelah melihat mukjizat dan kebenaran Baginda.  Mereka segera bertaubat dan memilih untuk menerima seruan dakwah Nabi Musa `alaihis salam.

Fir`aun sangat murka.  Dia mengancam ahli-ahli sihir tersebut dengan hukuman yang sangat berat.

Namun mereka memilih untuk tetap dengan pilihan mereka iaitu taat kepada dakwah Nabi Musa.  Mereka lalu berdoa supaya ALLAH berikan mereka kesabaran menghadapi ancaman dan seksaan Fir`aun serta memohon agar mereka mati dalam keadaan Islam.  Doa mereka telah dirakam di dalam al-Quran, surah al-A`raf ayat ke-126:

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”.

Dua perkara yang diminta kepada ALLAH ialah:

1)  Semoga diberikan kesabaran terhadap musibah dan kesusahan.

2)  Semoga dimatikan dalam keadaan Islam.

Itulah dua perkara yang sangat penting untuk kita pinta kepada ALLAH saat diuji dengan ujian yang sangat besar seperti penindasan oleh pemerintah, kejahatan penjajah, saat berlaku kekacauan, peperangan dan seumpamanya.

Ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berkaitan sabar ada disenaraikan di dalam tulisan ini bersumberkan kepada kitab Riyadhus Solihin susunan al-Imam an-Nawawi, rahimahullah:

Bukan mudah hendak sabar.  Sebab itu kita perlukan pertolongan ALLAH agar DIA bantu supaya kita mampu sabar berhadapan dengan masalah yang besar dalam kehidupan kita.  Dengan kesabaran yang tinggi itulah, kita bisa menjadi hamba yang tetap di atas agama pilihanNYA, iaitu Islam, sepanjang hidup ini sehingga mati.

Semoga ALLAH kurniakan kesabaran yang besar buat saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Myanmar, China, Afrika dan lain-lain tempat yang dilanda kezaliman yang dahsyat.  Semoga mereka kekal sebagai muslim sehingga mati, yakni mati sebagai seorang yang berserah diri kepada ALLAH secara sepenuh hati.  Dan buat kita juga tentunya.  Aamiin…

muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: