Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafi`i

Kitab ini telah diterjemahkan dari karya asal yang bertajuk al-Fiqh al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i.  Ia merangkumi pelbagai perkara fiqh berdasarkan madzhab al-Imam asy-Syafi`i dan sangat terkenal di kalangan para ulama dan masyarakat Islam di seluruh dunia terutama yang bermadzhab feqh asy-Syafi`i.

Ia dihasilkan oleh ashab al-fadhilah Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha dan Ali Asy-Syarbaji.  Kitab yang dihasilkan oleh 3 orang ulama Syria ini selalu menjadi rujukan dan bahan kuliah di institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah agama dan masjid-masjid.  Ia sangat wajar dimiliki, dibaca dan ditekuni oleh masyarakat negara kita yang majoriti bermadzhabkan madzhab fiqh al-Imam asy-Syafi`i.

Keistimewaan

Berdasarkan pengamatan Sheikh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri sebagai Pengarah dan Musyrif Lajnah penterjemahan kitab ini, beliau dapati buku ini mempunyai pelbagai keistimewaan.  Berikut ini disenaraikan antara yang telah disebut oleh beliau di dalam muqaddimah kitab ini:

  • Penerangan yang ringkas, jelas dan padat dalam feqah al-Shafi`i.
  • Kitab ini menggabungkan pernyataan fiqh dengan dalil-dalil naqli dan aqli.
  • Manhaj dan sistem buku ini dari segi metodologinya adalah sama pada setiap bab dan kitab.
  • Hadith yang dikemukakan dinyatakan nombor hadith, bab bagi hadith tertentu dan turut disertakan takhrijnya.
  • Pengarang juga menyebut sejarah pensyariatan tentang sesuatu perkara seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain.
  • Kadang-kadang di dalam terjemahan kitab ini, penulis juga menyebut pendapat fuqaha’ seperti Imam an-Nawawi, Imam al-Ghazali dan lain-lain.  Ini menambahkan lagi khazanah ilmiah bertunjangkan fiqh al-Syafi`i.
  • Buku ini dimuqaddimahkan dengan pengenalan fiqh atau disebut dengan Madkhal Am yang mengandungi pengertian, kaitan antara fiqh dan aqidah, sifat fiqh, sumber-sumber fiqh dan juga pengertian istilah ilmu fiqh seperti fardhu, wajib dan lain-lain.
  • Pengarang juga menyebut wajah istidlal atau fiqh hadith yang dapat diambil daripada nas-nas naqli.
  • Kadang-kadang, pengarang menyebut sifat ibadah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang merentasi mazhab seperti cara Rasulullah berwudhu’, ibadah haji Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan lain-lain.
  • Ada kalanya disebut hukum-hukum dan masalah fiqhiyyah di bawah satu-satu tajuk untuk menambahkan lagi kefahaman dan permasalahan fiqh seperti dalam bab talaq, `iddah dan lain-lain.
  • Susunan dan metodologi buku ini menyamai risalah atau tesis Master dan PhD.  Ini tidaklah janggal kerana pengarang diasuh dengan sistem tersebut ketika menyiapkan tesis masing-masing.  Tidak syak lagi, kesarjanaan mereka terserlah berdasarkan metodologi yang mereka terokai.
  • Pengarang mengemukakan contoh-contoh yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan realiti masa kini bagi memantapkan kefahaman pembacanya.
  • Pengarang juga menyebut hikmah dan asrar berkenaan dengan hukum yang ditaklifkan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala atau pensyariatan ibadat.  Ini disebut secara khusus di bawah tajuk hikmah.

img_20151221_025109.jpg

Maklumat Ringkas Kitab Terjemahan

  • Judul:  Al-Fiqh al-Manhaji.
  • Oleh:  Dr Mustafa Al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha & Ali Asy-Syarbaji.
  • Penterjemah:  Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri.
  • Harga:  RM249/set (Termasuk Pos)

 

  • Ibadat Dalam Fiqh Al-Syafi`i
    • 836 muka surat
    • Berkulit keras
    • Muqaddimah, Hukum Bersuci, Solat, Azan & Iqamah, Zakat Fitrah, Qurban dan Pengurusan Jenazah, Zakat, Puasa, I`tikaf, Haji & Umrah, Bersumpah, Nazar, Perburuan, Penyembelihan, Aqiqah, Makanan & Minuman, Permasalahan Dadah, Pakaian & Perhiasan, Kaffarah.
  • Kekeluargaan Islam Dalam Fiqh Al-Syafi`i
    • 457 muka surat
    • Berkulit keras
    • Nikah & Perkara Berkaitan, Poligami, Rukun Mut`ah, Nusyuz, Fasakh, Talaq, Iddah, Nafaqah, Penjagaan Anak, Penyusuan, Keturunan, Anak Pungut, Pelbagai Permasalahan Hukum, Tips Keluarga Bahagia.
  • Muamalat & Kewangan Islam Dalam Fiqh Al-Syafi`i
    • 477 muka surat
    • Berkulit keras
    • Jual Beli, Khiar, Al-Iqalah, Salam, Kontrak Jual Beli Tempahan, Riba, Safr, Hutang, Anugerah, Kontrak Sewa, Ji`alah, Al-Sulh, Hiwalah, Syuf`ah, Musaqah, Muzara`ah, Pinjaman, Syarikat, Pelaburan, Simpanan, Penemuan, Gadaian, Jaminan.
  • Wasiat & Jenayah Dalam Fiqh Al-Syafi`i
    • 692 muka surat
    • Berkulit keras
    • Wakaf, Wasiat, Pemegang Amanah, Ilmu Faraid, Wakalah, Paksaan, Rampasan, Jenayah, Qisas, Diyat, Hudud, Zina, Qazaf, Minum Arak, Dadah, Mencuri, Hirabah, Serangan, Pemberontak, Murtad, Hukuman Meninggalkan Solat, Jihad, Perlumbaan, Hiburan, Kehakiman, Dakwaan & Bukti, Sumpah, Pembahagian, Pengakuan, Halangan dan Pemimpin Utama.

img_20151221_024432.jpg

Cara Pembelian

1)  Beli secara online dengan memasukkan jumlah harga buku dan caj pos penghantaran ke akaun berikut:

  • Maybank:  162272504827
  • CIMB Islamic:  12770006681202
    • Pemilik akaun:  Shahmuzir bin Nordzahir
    • Alamat email:  shahmuzir@yahoo.com

Selepas melakukan pembayaran, silalah SMS/WhatsApp ke 019-3826408 maklumat berikut bagi tujuan pos penghantaran:

  • Nama penuh:
  • Alamat penuh:
  • No. telefon:

2)  Cash On Delivery (COD) di Shah Alam.

Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi saya melalui SMS/WhatsApp ke 019-3826408.

Semoga usaha ini dapat memanfaatkan dan memudahkan tuan/puan untuk memiliki kitab yang sangat baik ini, in shaa’ ALLAH.

Sekian, terima kasih.

Shahmuzir Nordzahir (019-3826408)

Advertisements

One response to “Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafi`i

  • Shahmuzir

    Ini adalah alternatif kepada kitab Fiqh Manhaji terbitan JAKIM. Penterjemahnya ialah Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. Perbezaan dengan terbitan JAKIM ialah:

    1) Ia mengandungi 4 jilid. Manakala terbitan JAKIM 5 jilid.
    2) Ia dijilidkan mengikut kategori iaitu Ibadat, Munakahat, Muamalat & Jinayat. Lebih memudahkan para pengajar dan pelajar. Manakala terbitan JAKIM dijilidkan tidak mengikut kategori sebegini.
    3) Saiznya lebih kecil berbanding terbitan JAKIM. Terbitan JAKIM bersaiz A4.
    4) Lebih murah berbanding terbitan JAKIM.
    5) Lebih ringan berbanding terbitan JAKIM.

    Yang lain-lain semuanya sama atau hampir sama dari segi kandungan dan susunan bahasa kerana ia sama2 dihasilkan berdasarkan terjemahan Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri.

    Itulah seadanya penerangan dari saya. Sila rujuk pautan di bawah untuk mengetahui keistimewaan kitab ini. Hubungi saya di 019-3826408 jika mahu memilikinya. Terima kasih 🙂

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: