Projek Waqaf Al-Quran Sempena Ramadhan 1437

cymera_20160516_232220.jpg

Bismillah…

Program Waqaf Al-Quran kembali lagi sempena Ramadhan 1437 yang bakal menemui kita tak lama lagi, in shaa’ ALLAH.

Pada bulan Ramadhan, manusia berduyun-duyun fokus kepada al-Quran sesuai dengan Ramadhan sebagai bulan al-Quran.  Ada yang bertilawah, ada yang bertadarus dan malah ada yang bertadabbur dengannya.

Tahun lepas, iaitu sempena Ramadhan 1436, sebanyak 370 buah mushaf al-Quran telah diedarkan ke beberapa tempat dalam negeri Selangor (baca sini).  Semoga tahun ini lebih bertambah jumlahnya dan lebih meluas edarannya ke negeri-negeri lain, in shaa’ ALLAH.

Kriteria Mushaf Al-Quran

Tahun ini, tiga saiz mushaf al-Quran telah dipilih untuk diedarkan. Ini adalah kerana terdapat permintaan kepada al-Quran yang mempunyai font tulisan yang bersaiz besar.  Terutama bagi memudahkan pembaca yang berusia emas.

Kesemuanya mempunyai terjemahan Bahasa Melayu.  Kenapa pilih yang ada terjemahan?  Tujuannya adalah untuk menggalakkan para pembaca supaya faham mesej yang terkandung di dalam al-Quran.  Selain membaca al-Quran dalam bahasa Arab, pembaca juga boleh merujuk terjemahan Bahasa Melayu yang terdapat dalam mushaf tersebut.  Iaitu membaca al-Quran dengan penghayatan.  In shaa’ ALLAH…

Selain itu, antara kelebihan nyata yang terdapat pada mushaf ini ialah kualitinya sangat baik, berkulit keras, kertas istimewa dan cantik.  Juga terdapat beberapa warna pada kalimah al-Quran sebagai petunjuk hukum tajwid.  Paling istimewa ialah mushaf ini membawakan juga tafsir ringkas dan asbabun nuzul ayat-ayat terpilih.  Semestinya, ciri penting yang tidak dilupakan ialah mushaf al-Quran ini telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

IMG_20160517_235821[1]

IMG_20160517_235841[1]

IMG_20160517_235901[1]

IMG_20160518_000145[1]

Harga

A – Saiz besar (30.5cm x 21cm):

RM70

B – Saiz sederhana (25.5cm x 18cm):

RM55

C – Saiz kecil (21.5cm x 15cm):

RM35

Cara

Masukkan jumlah yang dikehendaki ke akaun berikut:

Maybank (akaun al-Wadiah):  162272504827

Atas nama:  Shahmuzir bin Nordzahir

Emel:  shahmuzir@yahoo.com

Setelah memasukkan jumlah yang dikehendaki, sila SMS/WhatsApp ke 019-3826408 untuk tujuan rekod dan pengurusan.  Pemilihan tempat dan penghantaran ditanggung oleh saya.  Namun, jika tuan/puan mempunyai cadangan tempat untuk diserahkan mushaf al-Quran, in shaa’ ALLAH boleh dipertimbangkan.

 Semoga sumbangan tuan/puan dibalas oleh ALLAH dengan kebaikan yang banyak dan berpanjangan, amin.  Serta dapat dimanfaatkan secara berterusan oleh para pembaca dan pencinta al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan, bahkan tahun demi tahun, in shaa’ ALLAH…

Shahmuzir bin Nordzahir

019-3826408

==================================================

Status Waqaf Al-Quran:

  • 24/05/2016:  20 buah ke Ust Zain-ys, tenaga pengajar Madrasah Manabi ul-`Ulum (Pondok Penanti), Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  • 28/06/2016:  20 buah ke Masjid UKM, Bangi, Selangor.
  • 29/06/2016:  20 buah ke Masjid al-I`tisam, TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.
  • 02/06/2016:  20 buah ke Pusat Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
  • 03/06/2016:  40 buah ke Dr Nik Zailan, aktivis Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim, Malaysia (Cawangan Kelantan) untuk edaran ke masjid/surau di Kubang Kerian, Kelantan.
  • 04/06/2016:  25 buah ke Masjid asy-Syarif, Meru, Klang, Selangor.
  • 05/06/2016:  20 buah ke Masjid Nurul Jannah, Jalan Jabar, Meru, Klang, Selangor.
  • 07/06/2016:  20 buah ke Masjid Saujana Utama, Saujana Utama 2, Sungai Buloh, Selangor.
  • 08/06/2016:  30 buah ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
  • 21/06/2016:  20 buah ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
  • 25/6/2016:  30 buah ke Masjid al-Falah, Kampung Budiman, Seksyen U14, Shah Alam, Selangor.
  • 26/6/2016:  20 buah ke Masjid at-Taqwa, Kampung Bukit Kapar, Selangor.
  • 28/6/2016:  15 buah ke Masjid at-Taqwa, Desa Subang Permai, Shah Alam, Selangor.
  • 1/7/2016:  15 buah ke Masjid Jami` Ma`muriah, Sungai Besar, Selangor.
  • 3/7/2016:  15 buah ke Masjid al-Islah, Kampung Sementa, Klang, Selangor.

Jumlah = 330 buah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: