Kibar Bendera Tanda Sayang Negara, Bukan Tanda Sokong Kerosakan Pemimpin

image

Beberapa hari lagi tarikh 31 Ogos akan menemui kita.  Iaitu hari ulangtahun kemerdekaan negara.  Sudah menjadi adat, saat ini Jalur Gemilang dikibarkan di merata-rata.  Tanda bangga dan tidak lupa.

Kita mengibarkan bendera negara kerana kita bangga jadi rakyat Malaysia.  Kita cintakan negara dan setia padanya.  Patriotistisme yang ada dalam diri jangan ia luntur dimakan umur.  Mesti ada.  Walaupun kita (saya dan mungkin anda juga) tak berapa bangga dengan kepimpinan negara hari ini atas beberapa isu yang gagal ditangani, ketirisan sana sini dan pudarnya kekarismaan pemimpin rendah dan tinggi; itu semua tidak mencabut rasa cinta pada negara.  Kerana Malaysialah tanah tumpahnya darah kita.

Kita mengibarkan bendera sebagai tanda kita sayangkan negara, bukannya tanda sokong kerosakan pemimpin.  Bukan tanda kita sokong parti yang mentadbir negara.  Bukan juga ia tanda kita redho salah laku dan tipu licik sebahagian mereka yang ada di atas sana.  Bukan tanda kita bangga dengan kepimpinan mereka.  Bukan juga tanda kita setuju dengan semua keputusan mereka.

Tapi kerana sayang dan cintakan negaralah, maka kita kibarkan bendera.  Kita cintakan negara dan mengharapkan yang terbaik buatnya.  Kita mahu negara ini dipimpin oleh manusia yang amanah dan bagus kepimpinannya.  Yang rasuah, yang tipu, yang kaki hiburan, yang tak cerdik, yang buat lawak bodoh, yang menyakitkan hati; kita harap mereka semua diganti dengan yang lebih baik dan wibawa.  Kerana sayangkan negaralah, kita cakna.  Kita ambil peduli isu dalam negara.  Kita tak biar yang zalim bermaharajalela.

Untuk itu, langkah pertama sekali ialah kita sendiri mesti berusaha jadi rakyat yang baik.  Setiap kita mesti berubah menjadi baik.  Dan mesti berdoa supaya ALLAH berikan hidayah dan taufiq kepada kita semua, terutama kepada para pimpinan semua.  Kita mesti sokong pihak yang ingin membawa kesejahteraan kepada negara dan mesti sokong pihak yang mahu tegakkan hukum ALLAH dalam negara.  Semoga ALLAH jaga kita semua dan menjadikan negara ini negara yang baik di sisiNYA dan sentiasa mendapat keampunanNYA.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.
Cintailah negara.
Kibarkanlah Jalur Gemilang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: