Monthly Archives: June 2017

PROTON’s Milestone

Baru-baru ni saya bawa anak-anak ke HQ PROTON di Shah Alam.  Saja nak perkenalkan mereka kepada usaha pertama negara kita menjejakkan diri dalam industri kereta.

Selain pusat jualan dan servis yang terdapat di bangunan utama PROTON yang boleh dilihat dari KESAS Highway, di dalamnya juga ada dipaparkan gambar serta video berkaitan PROTON.

Anak-anak lebih teruja apabila di dalamnya juga dibariskan kesemua kenderaan keluaran PROTON bermula Saga hinggalah Ertiga.  Bukan sekadar gambar.  Tapi model kereta sebenar.  Ada juga model yang jarang mereka lihat seperti Putra, Arena dan Juara.

Berikut adalah garisan masa PROTON bermula dari penubuhan kilangnya hinggalah lahir produk Ertiga tahun 2016.

image Continue reading

Advertisements

Perintah Untuk Sangat Berhati-Hati Terhadap Al-Quran

Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `​anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

تعاهدوا هذا القرآن فوالذي نفس محمد بيده لهو أشد تفلتًا من الإبل في عقلها‏

“Berhati-hati kamu sekalian terhadap al-Quran ini.  Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNYA, sungguh al-Quran lebih cepat terlepas berbanding unta dari tali ikatnya.” 

(Muttafaq `alaih)

Dari Ibnu `Umar radhiAllahu `anhuma bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

إنما مثل صاحب القرآن كمثل الإبل المعقلة، إن عاهد عليها أمسكها، وإن أطلقها، ذهبت

“Sesungguhnya perumpamaan orang yang menguasai al-Quran itu adalah seperti unta yang terikat.  Jika dia sangat berhati-hati maka ia akan tetap tertahan.  Dan jika ia membiarkannya maka akan lepaslah ia.”

(Muttafaq `alaih)


Video Sheikh Mahmud Khalil al-Husori

Barangkali ramai telah mendengar suara dan mengenali nama Sheikh Mahmud Khalil al-Husori (الشيخ محمود خليل الحصري).  Malah mungkin anda salah seorang dari peminat qari yang sangat masyhur ini.

 

Suara qari ini selalu kedengaran melalui corong-corong media.  Beliau lahir pada tahun 1917 di Mesir dan meninggal dunia pada tahun 1980.  Biaografi ringkas beliau boleh dibaca dengan mudah di Wikipedia.  Semoga ALLAH merahmati beliau, amin…

Di bawah ini dikongsikan beberapa video bacaan al-Quran yang sangat jarang dapat dilihat oleh kita.  Saya sendiri sangat teruja apabila kali pertama menemui video-video sheikh.  Selama ni cuma dengar suara dan lihat gambar sahaja.  Dah lama nak buat posting di blog ini sebab nak kongsi video-video tersebut kepada umum, khususnya peminat al-marhum sheikh.  Hari ni baru sempat, alhamdulillah.  Dengan adanya Youtube, alhamdulillah, kita generasi kemudian ini berpeluang melihat video beliau ketika masih hidup.

Banyak video beliau di Youtube.  Berikut hanya beberapa sahaja.  Semoga bermanfaat 🙂 Continue reading


%d bloggers like this: