Monthly Archives: August 2017

Bagaimana Meraih Pahala Yang Banyak Dalam Bulan Dzulhijjah?

1 Dzulhijjah bakal menemui kita sedikit masa lagi, in shaa’ ALLAH.  Ia tanda bermulanya 10 hari paling mulia dalam setahun.  Iaitu 1 hingga 10 Dzulhijjah.

Berikut adalah cadangan buat kita bagaimana menghadapinya:

Sebelum 1 Dzulhijjah

  • Potong bulu dan kuku terutama buat yang telah berniat melakukan ibadah qurban.
  • Ini kerana terdapat larangan dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam supaya orang yang berniat qurban tidak memotong bulu/rambut/kukunya apabila nampak anak bulan 1 Dzulhijjah sehinggalah haiwan qurbannya disembelih.
  • Penjelasan:  http://wp.me/pgEnw-3Lv

Continue reading

Advertisements

Sheikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri – Penulis Kitab ar-Rahiq al-Makhtum

Di sini saya kongsikan catitan ringkas mengenai latar belakang sheikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri, iaitu penulis kitab sirah yang masyhur iaitu kitab ar-Rahiq al-Makhtum.  Saya rakam catitan ini dari majalah Solusi Isu 67.  Semoga bermanfaat.

image

image

Kitab ar-Rahiq al-Makhtum tulisan beliau dalam terjemahan Bahasa Malaysia boleh didapati di sini:


Pameran Artifak Asli Dilanjutkan ke 23/8/2017

Pameran Artifak Asli yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor (Masjid Negeri) bermula dari tarikh 10 Julai 2017 hingga 9 Ogos 2017 kini dilanjutkan ke tarikh 23/8/2017.  Ia mungkin berita yang menggembirakan buat sebahagian masyarakat yang berminat menghadirinya.  Lebih 20 artifak yang didakwa asli ada dipamerkan di pameran tersebut.

Pameran diadakan setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.  Dan tiket masuk adalah seperti berikut: Continue reading


%d bloggers like this: