Pameran Artifak Asli Dilanjutkan ke 23/8/2017

Pameran Artifak Asli yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor (Masjid Negeri) bermula dari tarikh 10 Julai 2017 hingga 9 Ogos 2017 kini dilanjutkan ke tarikh 23/8/2017.  Ia mungkin berita yang menggembirakan buat sebahagian masyarakat yang berminat menghadirinya.  Lebih 20 artifak yang didakwa asli ada dipamerkan di pameran tersebut.

Pameran diadakan setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.  Dan tiket masuk adalah seperti berikut:

  • RM20 (dewasa)
  • RM10 (kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke atas, pelajar, warga emas, OKU)
  • Percuma (kanak-kanak berumur bawah 6 tahun)
image

Penganjur mendakwa artifak yang dipamerkan adalah asli.  Bukan replika.  Allahu a`lam.

Secara peribadi, saya memang sejak kecil suka meneliti dan mengambil manfaat ilmu dan semangat cinta dari program seumpama ini.  Bahkan ia dapat menyubur iman.  Meneliti sirah dan kesan-kesannya berupaya menyuntik cinta dan ingatan terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, para Sahabat serta menyentuh perasaan untuk cuba menyelami kehidupan dan keadaan zaman tersebut.

Saya pernah berkongsi catitan dan gambar hasil lawatan saya ke suatu pameran mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang pernah diadakan di Madinah beberapa tahun lepas di blog ini.  Baca di sini:

Proram seumpama ini memang sangat baik dianjurkan dan tentunya masyarakat dapat mengambil manfaat darinya.

Namun, janganlah kita berlebih-lebihan apabila menghadiri program seumpama ini atau meneliti sirah dan artifak-artifak yang ditinggalkan.  Ada adab dan batasnya.  Dan pihak penganjur ada menyenaraikannya secara ringkas di pintu masuk pameran.  Besar ia terpampang untuk perhatian dan peringatan pengunjung.  Tahniah pihak penganjur kerana prihatin akan hal ini.

image

Senarai adab dan nasihat yang ditampal di hadapan pintu masuk pameran sebagai peringatan kepada pengunjung.

In shaa’ ALLAH, jika berkesempatan masuk ke pameran tersebut, saya akan kongsikan gambar-gambarnya di blog ini.  Oh ya, kamera DSLR tidak dibenarkan masuk.  Tapi kalau hendak merakam menggunakan kamera telefon bimbit, ia dibenarkan.

Walaupun pada artifak-artifak ini ada barakahnya (jika asli), tapi sebagai mukmin kita mesti selalu ingat pada keberkatan yang lebih besar dari artifak-artifak itu, iaitu AL-QURAN.

Al-Quran adalah kalam ALLAH.  Ia kalam Tuhan yang maha mencipta segalanya dan maha memiliki segalanya.  Al-Quran dijamin asli dan tulen selama-lamanya.  Ia terpelihara asli.  Dan periwayatannya adalah bersifat mutawatir.  Tiada ragu lagi.

Justeru, tidak wajar masyarakat Islam mengenepikan al-Quran lalu mencari keberkatan dari selain al-Quran.  Al-Quran paling utama.  Dampingilah al-Quran, hayatilah al-Quran.  Nescaya keberkatan akan tercurah dari ALLAH.

Allahumma solli ​`​ala Muhammad wa `ala  aali Muhammad.

-muzir.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: