Bagaimana Meraih Pahala Yang Banyak Dalam Bulan Dzulhijjah?

1 Dzulhijjah bakal menemui kita sedikit masa lagi, in shaa’ ALLAH.  Ia tanda bermulanya 10 hari paling mulia dalam setahun.  Iaitu 1 hingga 10 Dzulhijjah.

Berikut adalah cadangan buat kita bagaimana menghadapinya:

Sebelum 1 Dzulhijjah

  • Potong bulu dan kuku terutama buat yang telah berniat melakukan ibadah qurban.
  • Ini kerana terdapat larangan dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam supaya orang yang berniat qurban tidak memotong bulu/rambut/kukunya apabila nampak anak bulan 1 Dzulhijjah sehinggalah haiwan qurbannya disembelih.
  • Penjelasan:  http://wp.me/pgEnw-3Lv

1 – 10 Dzulhijjah

  • Perbanyakkan amalan sunat sepanjang tempoh ini. Contohnya dzikir, baca al-Quran, solat sunat, puasa sunat (1-9 Dzulhijjah), sebarkan ilmu, berbakti kepada ibubapa, qiamullail dan lain-lain lagi.
  • Tempoh ini merupakan tempoh yang mana ALLAH sangat suka hamba-hambaNYA memperbanyakkan amalan-amalan soleh.
  • Jauhi diri dari perkara dan perbuatan yang boleh menimbulkan kemarahan ALLAH.
  • Penjelasan:  http://wp.me/pgEnw-Wj

9 Dzulhijjah

  • Lakukan puasa sunat Hari `Arafah.
  • Kerana terdapat fadhilat khusus berpuasa pada hari tersebut, iaitu diampunkan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
  • Penjelasan:  http://wp.me/pgEnw-1yi

10 Dzulhijjah

  • Hari Raya `Eidul-Adha.
  • Hidupkan hari tersebut dengan rasa syukur dan insaf kepada ALLAH.
  • Tadzkirah:  http://wp.me/pgEnw-WS

10 – 13 Dzulhijjah

  • Lakukan ibadah qurban.
  • Ibadah yang ALLAH paling suka dalam tempoh ini ialah ibadah qurban.
  • Panduan ibadah qurban:  http://wp.me/pgEnw-1xo

Semoga bermanfaat dan dapat kita hayati serta amalkan. Semoga ALLAH berikan pahala yang banyak buat tuan/puan yang menyebarkan peringatan ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: