Dua Rangkap Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad bin Hanbal Menangis

image

Dikatakan bahawa seseorang telah bertanyakan kepada al-Imam Ahmad bin Hanbal (rahimahullah) apakah hukum bersyair dengan tujuan mengajak manusia kepada ingat Syurga dan Neraka?

Lalu al-Imam meminta si penanya agar membacakan contoh syair tersebut untuk beliau dengar isi kandungannya.  Si penanya lantas membaca 2 rangkap syair sebagai contoh, iaitu:

إِذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي أَمَا اسْتَحْيَيْتَ تَعْصِينِي

Apabila Tuhanku bertanya kepadaku, tidak malukah engkau bermaksiat kepadaKU…?

وَتُخْفِي الذَّنْبَ عَنْ خَلْقِي وَبِالْعِصْيَانِ تَأْتِينِي

Kau sembunyikan dosa-dosamu dari makhluq-KU, dan kau datang kepadaku dengan maksiat-maksiatmu…

 

Al-Imam meminta agar dibacakan semula.  Tiba-tiba al-Imam Ahmad bin Hanbal terus bergegas ke biliknya.  Lalu beliau menutup pintu.  Mereka di luar bilik mendengar beliau mengulangi syair tersebut sambil menangis teresak-esak.

Allahu a`lam.  Muhasabah buat kita semua.

(Saya mendengar kisah ini dari video kuliah ustadz Dr Syafiq Reza Basalamah)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: