Melunturkan Sifat Malu Muslimah Dengan Tudung

Muslimah sejati mempunyai sifat malu yang tinggi.  Sifat malu ini jelas dapat dikenali melalui cara mereka berpakaian dan dalam pembawaan diri mereka.  Sopan santun, lemah lembut, jalan tunduk, pandangan mata yang tak meliar, tutur kata yang terkawal dan pakaian yang sederhana menutup aurat secara sempurna adalah antara sifat mereka.

Syaitan tak puas hati.  Wanita muslimah tak boleh terus begini.  Antara sasaran mereka untuk menyerang muslimah ialah sifat malu.  Kerana sifat malu yang dipunyai oleh muslimah adalah tanda mereka mempunyai iman yang baik.  Ya, malu adalah sebahagian dari juzuk penting keimanan.  Malu membentengi muslimah dari perkara tak elok.  Malu mesti dilunturkan!  Benteng itu mesti diruntuhkan.  Itu kata syaitan.  Syaitan jin dan syaitan manusia.

Diperkenalkan busana muslimah supaya muslimah pandai berfesyen, lebih kontemporari, lebih kelihatan profesional, lebih dapat diterima oleh masyarakat barat dan macam-macam lagi.  Dulu tudung warna ‘plain’ dan ‘lame’ bertukar menjadi warna garang dan glamour.  Dari sarung sederhana di kepala menjadi ikat sana sini, gulung sana sini, pusing sana sini, selit sana sini tampak anggun bergaya.  Jubah pun sama.  Dulu cover semua.  Tapi sekarang jubah ‘nampak’ semua.

Supaya apa?  Supaya muslimah yang dulu dah elok berpakaian litup mencuba fesyen baharu.  Lebih bergaya.  Lebih moden.  Lebih profesional.  Lebih tak malu!

Saya teringat dahulu apabila heboh berita tentang atlet wanita negara arab berpakaian sukan sambil bertudung.  Tutup habis dari atas sampai bawah.  Ramai puji.  Dan ramai kata ia perkembangan yang bagus.  Saya antara setuju dan tidak.  Setuju sebab ia adalah versi yang lebih baik dari versi biasa yang mendedahkan langsung bahagian tubuh wanita tatkala bersukan.  Tak setuju pula sebab pakaiannya walaupun tutup semua tapi ketat, melekat dan sendat.  Jelas ia tidak sempurna menutup aurat.  Saya risau pakaian ini diterima oleh kalangan muslimah remaja kita yang minat bersukan lalu memilih memakainya.  Dulu malu nak bersukan, melompat, berlari, tapi sekarang dah ada alternatif:  pakaian sukan muslimah.  Tanpa sedar sifat malu sedang dicabut dari mereka.  Benteng malu makin diruntuh.

Kemudian datang pula burqini.  Masih ingat lagi burqini?  Heboh di luar negara berita tentang pakaian renang khas untuk muslimah.  Sekali lagi ramai muslimin dan muslimat sambut ia dengan baik.  Kononnya bolehlah mandi di kolam renang dalam keadaan menutup aurat.  Ni pun sama macam kes pakaian sukan di atas.  Pakaiannya tak sesuai dipakai oleh muslimah sejati.  Ia mendedahkan bentuk dan aurat yang sepatutnya ditutup dari pandangan mata ajnabi.  Malangnya ia kelihatan diterima baik dan dipakai oleh sebahagian muslimah kita di negara ini tatkala bermandi manda di kolang renang.  Dulu malu nak mandi di kolam renang.  Kini dah tak malu sebab ada pakaian renang khas muslimah siap bertudung dan tutup semua.  Hakikatnya malu muslimah semakin dilunturi tanpa mereka sedar.

Terbaru, berita tentang pelancaran tudung di kelab malam.  Aduh!  Walaupun mungkin pengusaha tudung tersebut mempunyai niat yang baik, tapi jelas caranya sangat pelik dan berlawanan dengan kebiasaan agama.  Saya risau ini juga antara usaha syaitan mencabut rasa malu dari muslimah.

Kelab malam bukan sahaja untuk wanita liar tapi juga untuk wanita bertudung seperti kalian.  Nah, jemput datang.  Kita berhibur di sini.  Teruskan bertudung.  Berhiburlah, berjogetlah, menarilah, menjeritlah, ketawalah terbahak-bahak.  Asal sahaja bertudung.  Silakan.  Kata syaitan jin dan syaitan manusia.

Lalu kelab malam bukan lagi dilihat sebagai kelab malam.  Hilang rasa jelek kepadanya.  Ia menjadi seperti pasaraya atau tempat persinggahan biasa yang tak malu muslimah nak masuk.  Sebab di dalamnya ramai muslimah bertudung.  Boleh berjumpa untuk minum, melepak, bersembang, bermesyuarat malah berusrah.  Hilang malu nak ke situ.  Kelab malam sudah menjadi biasa kepada muslimah.  Inna lillahi wa inna ilaihi raji`un.

Para ulama telah lama memberi amaran tentang ghuzwatun al-fikr (غزوة الفكر).  Ia adalah bentuk serangan pemikiran kepada ummat Islam selain serangan fizikal berbentuk peperangan konvensional.  Cara fikir, cara beragama, cara bertindak, cara beraqidah, cara berakhlaq adalah termasuk dalam jenis serangan ini.  Ia peperangan saraf yang melumpuhkan ummat Islam dari dalam.

Setiap yang berlaku sekeliling kita, renungilah dan sedarilah betapa serangan dan hasutan syaitan itu wujud.  Syaitan jin serang cara mereka.  Syaitan manusia serang cara mereka.  Samada dalam bentuk bisikan, pujukan, ajakan dan sebagainya.  Supaya manusia timbul rasa was-was, keliru, buntu dan akhirnya sesat dari jalan kebenaran.

Dalam kekalutan yang berlaku sekeliling kita hari ini, ingatlah sungguh-sungguh firman ALLAH yang mana ia dapat menjadi tindakan paling ampuh dan paling asas buat setiap kita, iaitu:

قوا أنفسكم وأهليكم نارا

“Peliharalah, jagalah, jauhilah diri kamu sendiri dan ahli keluarga kamu dari Api Neraka.”

Jagalah diri masing-masing agar tak dirosakkan anasir asing yang merosakkan aqida, akhlaq dan jati diri kita sebagai muslim.  Terus tambah ilmu dan iman diri sendiri dan ahli keluarga.  Jaga lingkungan masing-masing.  Jaga apa yang mampu kita jaga.  Semoga kita selamat di dunia dan di Akhirat, amin…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: