Al-Quran Muka Surat 2/604

[Muka surat 2/604]
[Surah al-Baqarah]
[Surah nombor 2, ayat 1-5]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

الٓمٓ

Alif, Laam, Miim. {2:1}

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari ALLAH dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; {2:2}

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang KAMI berikan kepada mereka. {2:3}

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) Hari Akhirat (dengan sepenuhnya). {2:4}

أُوْلَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ  وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari TUHAN mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. {2:5}

Nota:

Pada permulaan surah al-Baqarah ini dinyatakan bahawa al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang bertaqwa dan orang-orang yang mahu memiliki sifat taqwa kepada ALLAH. Disenaraikan juga sebahagian sifat orang bertaqwa supaya kita tahu ciri-ciri golongan ini.  Orang-orang yang bertaqwa adalah orang-orang yang terus berada di atas jalan dan petunjuk dari ALLAH.  Di sisi ALLAH, merekalah golongan yang sebenar-benarnya berjaya.

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: