Al-Quran Muka Surat 5/604

[Muka surat 5/604]
[Surah al-Baqarah]
[Surah nombor 2, ayat 25-29]

وَبَشِّرِ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ  كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ  وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ  وَلَهُمْ  فِيهَآ أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ ۖ  وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; setiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. {2:25}

 إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِيٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ  فَأَمَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۖ  وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا ۚ  وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ

Sesungguhnya ALLAH tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari TUHAN mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud ALLAH membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): TUHAN akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan TUHAN tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; {2:26}

الَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَآ أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ  أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian ALLAH sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh ALLAH supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. {2:27}

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ۖ  ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) ALLAH padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian DIA menghidupkan kamu; setelah itu DIA mematikan kamu, kemudian DIA menghidupkan kamu pula (pada Hari Akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNYA (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). {2:28}

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰٓ إِلَى السَّمَآءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ ۚ  وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

DIA lah (ALLAH) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian DIA menuju dengan kehendakNYA ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan DIA Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. {2:29}

Nota:

Pada ayat 25, ALLAH Ta`ala memberikan khabar gembira buat orang-orang yang beriman bahawa mereka akan diberi ganjaran Syurga yang di dalamnya terdapat pelbagai nikmat.

Pada ayat 26 dan 27, ALLAH mengingatkan manusia bahawa semua perumpamaan yang diberikan di dalam al-Quran samada manusia menganggapnya kecil atau besar, remeh atau penting; semuanya ada manfaat untuk difikirkan.  Dengan perumpamaan-perumpamaan itu, manusia yang mahu bertaqwa akan mendapati dirinya semakin bertaqwa apabila merenung kebenarannya.  Dan golongan yang sengaja degil akan bertambah sesat pula kerana mengingkarinya.

Pada ayat 28 dan 29, ALLAH menempelak orang-orang yang engkar dengan perintah ALLAH yang telah menjadikan mereka dan segala yang ada di alam ini.

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: