Al-Quran Muka Surat 53/604

[Muka surat 53/604]
[Surah Aali `Imran]
[Surah nombor 3, ayat 23-29]

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِّنَ الْكِتَابِ يُدْعَوْنَ إِلَىٰ كِتَابِ اللَّهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِّنْهُمْ وَهُم مُّعْرِضُونَ

Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab ALLAH supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab ALLAH itu). {3:23}

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَن تَمَسَّنَا النَّارُ إِلَّآ أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ ۖ  وَغَرَّهُمْ فِي دِينِهِم مَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh Api Neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung”. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. {3:24}

فَكَيْفَ إِذَا جَمَعْنَاهُمْ لِيَوْمٍ لَّا رَيْبَ فِيهِ وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika KAMI himpunkan mereka pada Hari (Kiamat) yang tidak ada syak padanya; dan (pada Hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya. {3:25}

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ ۖ  بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ  إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai TUHAN yang mempunyai kuasa pemerintahan! ENGKAUlah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang ENGKAU kehendaki, dan ENGKAUlah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang ENGKAU kehendaki. ENGKAUlah juga yang memuliakan sesiapa yang ENGKAU kehendaki, dan ENGKAUlah yang menghina sesiapa yang ENGKAU kehendaki. Dalam kekuasaan ENGKAUlah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. {3:26}

تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ انَّهَارَ فِي اللَّيْلِ ۖ  وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ ۖ  وَتَرْزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“ENGKAUlah (wahai TUHAN) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan ENGKAUlah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. ENGKAUlah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan ENGKAUlah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. ENGKAU jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang ENGKAU kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”. {3:27}

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ  وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ  وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ  وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari ALLAH dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan ALLAH perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNYA (menyeksa kamu). Dan kepada ALLAH jualah tempat kembali. {3:28}

قُلْ إِن تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ ۗ  وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ  وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu menzahirkannya, nescaya ALLAH mengetahuinya; dan DIA mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. {3:29}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: