Al-Quran Muka Surat 99/604

[Muka surat 99/604]
[Surah an-Nisaa’]
[Surah nombor 4, ayat 128-134]

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَآ أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ  وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ  وَأُحْضِرَتِ الْأَنفُسُ الشُّحَّ ۚ  وَإِن تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya ‘nusyuz’ (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya ALLAH Maha Mendalam PengetahuanNYA akan apa yang kamu lakukan. {4:128}

وَلَن تَسْتَطِيعُوٓا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَآءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ  فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ  وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekali pun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun, Maha Mengasihani. {4:129}

وَإِن يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللَّهُ كُلًّا مِّن سَعَتِهِ ۚ  وَكَانَ اللَّهُ وَاسِعًا حَكِيمًا

Dan jika keduanya bercerai, maka ALLAH akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah kurniaNYA. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Luas limpah kurniaNYA, lagi Maha Bijaksana. {4:130}

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ  وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ ۚ  وَإِن تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ  وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا

Dan bagi ALLAH jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan demi sesungguhnya, KAMI telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada ALLAH; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya ALLAH jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah ALLAH Maha Kaya, Maha Terpuji. {4:131}

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ  وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

Dan bagi ALLAH jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan cukuplah ALLAH sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai segala-galanya). {4:132}

إِن يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ أَيُّهَا النَّاسُ وَيَأْتِ بِئَاخَرِينَ ۚ  وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ ذَٰلِكَ قَدِيرًا

Jika ALLAH menghendaki, nescaya DIA musnahkan kamu wahai umat manusia dan DIA datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah ALLAH Maha Kuasa melakukan yang demikian itu. {4:133}

مَّن كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ الدُّنْيَا فَعِندَ اللَّهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ  وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi ALLAH disediakan pahala (balasan) dunia dan Akhirat. Dan (ingatlah) ALLAH sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. {4:134}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: