Al-Quran Muka Surat 105/604

[Muka surat 105/604]
[Surah an-Nisaa’]
[Surah nombor 4, ayat 171-175]

يَآ أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ  إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَآ إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِّنْهُ ۖ  فَئَامِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ  وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ ۚ  انتَهُوا خَيْرًا لَّكُمْ ۚ  إِنَّمَا اللَّهُ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ  سُبْحَانَهُ أَن يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ  وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap ALLAH melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh ALLAH dan Kalimah ALLAH yang telah disampaikanNYA kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNYA. Maka berimanlah kamu kepada ALLAH dan Rasul-RasulNYA, dan janganlah kamu mengatakan: “(TUHAN itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya ALLAH ialah TUHAN Yang Maha Esa, Maha Suci ALLAH daripada mempunyai anak. Bagi ALLAH jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNYA). {4:171}

لَّن يَسْتَنكِفَ الْمَسِيحُ أَن يَكُونَ عَبْدًا لِّلَّهِ وَلَا الْمَلَآئِكَةُ الْمُقَرَّبُونَ ۚ  وَمَن يَسْتَنكِفْ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيَسْتَكْبِرْ فَسَيَحْشُرُهُمْ إِلَيْهِ جَمِيعًا

(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi ALLAH, demikian juga (sikap) Malaikat yang sentiasa berdamping (dengan ALLAH). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada ALLAH, serta ia berlaku sombong takabbur, maka ALLAH akan menghimpunkan mereka semua kepadaNYA. {4:172}

فَأَمَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدُهُم مِّن فَضْلِهِ ۖ  وَأَمَّا الَّذِينَ اسْتَنكَفُوا وَاسْتَكْبَرُوا فَيُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَلَا يَجِدُونَ لَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, ALLAH akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan DIA akan menambahkan lagi limpah kurniaNYA kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada ALLAH dan berlaku sombong takabbur, maka ALLAH akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun – yang lain dari ALLAH – yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka. {4:173}

يَآ أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari TUHAN kamu, dan KAMI pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di Akhirat kelak). {4:174}

فَأَمَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا بِاللَّهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِّنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Qur’an) ini, maka ALLAH akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNYA (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNYA (yang tidak terkira), dan ALLAH akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yang membawa kepadaNYA. {4:175}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: