Al-Quran Muka Surat 110/604

[Muka surat 110/604]
[Surah al-Maa’idah]
[Surah nombor 5, ayat 14-17]

وَمِنَ الَّذِينَ قَالُوٓا إِنَّا نَصَارَىٰٓ أَخَذْنَا مِيثَاقَهُمْ فَنَسُوا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوا بِهِ فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَآءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ  وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللَّهُ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

Dan di antara orang-orang yang berkata:  “Bahawa kami ini orang-orang Nasrani”, KAMI juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu KAMI tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke Hari Kiamat; dan ALLAH akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan. {5:14}

يَآ أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَآءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ۚ  قَدْ جَآءَكُم مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul KAMI (Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari ALLAH, dan sebuah Kitab (Al-Qur’an) yang jelas nyata keterangannya. {5:15}

يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Dengan (Al-Qur’an) itu ALLAH menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNYA, dan (dengannya) TUHAN keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNYA; dan (dengannya juga) TUHAN menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. {5:16}

لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوٓا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۚ  قُلْ فَمَن يَمْلِكُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ أَن يُهْلِكَ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ وَمَن فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ۗ  وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۚ  يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ ۚ  وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya ALLAH ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari ALLAH sedikit jua pun kalau DIA mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?” Dan (ingatlah) bagi ALLAH jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. DIA menciptakan apa jua yang dikehendakiNYA. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. {5:17}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: