Al-Quran Muka Surat 127/604

[Muka surat 127/604]
[Surah al-Maa’idah]
[Surah nombor 5, ayat ,114-120]

قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ السَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِّنكَ ۖ  وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat ALLAH dengan) berkata: Ya ALLAH, TUHAN kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadaMU (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMU); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana ENGKAU jualah sebaik-baik Pemberi Rezeki”. {5:114}

قَالَ اللَّهُ إِنِّي مُنَزِّلُهَا عَلَيْكُمْ ۖ  فَمَن يَكْفُرْ بَعْدُ مِنكُمْ فَإِنِّيٓ أُعَذِّبُهُ عَذَابًا لَّا أُعَذِّبُهُ أَحَدًا مِّنَ الْعَالَمِينَ

ALLAH berfirman: “Sesungguhnya AKU akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya AKU akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah AKU seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk”. {5:115}

وَإِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ ءَأَنتَ قُلْتَ لِلنَّاسِ اتَّخِذُونِي وَأُمِّيَ إِلَٰهَيْنِ مِن دُونِ اللَّهِ ۖ قَالَ سُبْحَانَكَ مَا يَكُونُ لِيٓ أَنْ أَقُولَ مَا لَيْسَ لِي بِحَقٍّ ۚ  إِن كُنتُ قُلْتُهُ فَقَدْ عَلِمْتَهُ ۚ  تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي وَلَآ أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ ۚ  إِنَّكَ أَنتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ

Dan (ingatlah) ketika ALLAH berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari ALLAH? ‘ ” Nabi `Isa menjawab: “Maha Suci ENGKAU (wahai TUHAN)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah ENGKAU telah mengetahuinya. ENGKAU mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMU; kerana sesungguhnya ENGKAU jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. {5:116}

مَا قُلْتُ لَهُمْ إِلَّا مَآ أَمَرْتَنِي بِهِ أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۚ  وَكُنتُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا مَّا دُمْتُ فِيهِمْ ۖ  فَلَمَّا تَوَفَّيْتَنِي كُنتَ أَنتَ الرَّقِيبَ عَلَيْهِمْ ۚ  وَأَنتَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

“Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang ENGKAU perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan ALLAH, TUHANku dan TUHAN kamu ‘ dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila ENGKAU sempurnakan tempohku, menjadilah ENGKAU sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan ENGKAU jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu. {5:117}

إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ  وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

“Jika ENGKAU menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMU; dan jika ENGKAU mengampunkan mereka, maka sesungguhnya ENGKAUlah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” {5:118}

قَالَ اللَّهُ هَٰذَا يَوْمُ يَنفَعُ الصَّادِقِينَ صِدْقُهُمْ ۚ  لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ۚ  رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ  ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

ALLAH berfirman: “Inilah Hari (Kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. ALLAH redha akan mereka dan mereka pula redha akan DIA. Itulah kejayaan yang amat besar”. {5:119}

لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا فِيهِنَّ ۚ  وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

ALLAH jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan DIA lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. {5:120}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: