Al-Quran Muka Surat 141/604

[Muka surat 141/604]
[Surah al- An`aam]
[Surah nombor 6, ayat 102-110]

ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ ۖ  لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ  خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ ۚ  وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Yang demikian (sifat-sifatNYA dan kekuasaanNYA) ialah ALLAH TUHAN kamu, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNYA. Dan (ingatlah) DIA lah yang mentadbirkan segala-galanya. {6:102}

لَّا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ ۖ  وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

DIA tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang DIA dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan DIA lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNYA dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNYA. {6:103}

قَدْ جَآءَكُم بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمْ ۖ  فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِ ۖ  وَمَنْ عَمِيَ فَعَلَيْهَا ۚ  وَمَآ أَنَاْ عَلَيْكُم بِحَفِيظٍ

(Katakanlah wahai Muhammad): “Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari TUHAN kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu”. {6:104}

وَكَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ وَلِيَقُولُوا دَرَسْتَ وَلِنُبَيِّنَهُ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Dan demikianlah KAMI menerangkan ayat-ayat keterangan KAMI satu persatu (dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka) dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: “Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) “, dan supaya KAMI menerangkan (Al-Qur’an) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui. {6:105}

اتَّبِعْ مَآ أُوحِيَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ۖ  لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ  وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari TUHANmu, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. {6:106}

وَلَوْ شَآءَ اللَّهُ مَآ أَشْرَكُوا ۗ  وَمَا جَعَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا ۖ  وَمَآ أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ

Dan kalau ALLAH menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNYA; dan KAMI tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada ALLAH semata-mata). {6:107}

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ  كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari ALLAH, kerana mereka kelak, akan mencerca ALLAH secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah KAMI memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada TUHAN merekalah tempat kembali mereka, lalu DIA menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. {6:108}

وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِن جَآءَتْهُمْ ءَايَةٌ لَّيُؤْمِنُنَّ بِهَا ۚ  قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّهِ ۖ  وَمَا يُشْعِرُكُمْ أَنَّهَآ إِذَا جَآءَتْ لَا يُؤْمِنُونَ

Dan mereka pula bersumpah dengan nama ALLAH, dengan menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah ALLAH yang menentukannya, dan kamu tidak menyedari (wahai orang-orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman. {6:109}

وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Dan KAMI palingkan jantung hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat KAMI ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan KAMI biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatan mereka dengan bingung. {6:110}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: