Al-Quran Muka Surat 144/604

[Muka surat 144/604]
[Surah al- An`aam]
[Surah nombor 6, ayat 125-131]

فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ  وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَآءِ ۚ  كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya DIA melapangkan dadanya (membuka jantung hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya DIA menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah ALLAH menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. {6:125}

وَهَٰذَا صِرَاطُ رَبِّكَ مُسْتَقِيمًا ۗ  قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ

Dan inilah jalan TUHANmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya KAMI telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (KAMI) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat – insaf. {6:126}

لَهُمْ دَارُ السَّلَامِ عِندَ رَبِّهِمْ ۖ  وَهُوَ وَلِيُّهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi TUHAN mereka, dan DIA lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan. {6:127}

وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ قَدِ اسْتَكْثَرْتُم مِّنَ الْإِنسِ ۖ  وَقَالَ أَوْلِيَآؤُهُم مِّنَ الْإِنسِ رَبَّنَا اسْتَمْتَعَ بَعْضُنَا بِبَعْضٍ وَبَلَغْنَآ أَجَلَنَا الَّذِيٓ أَجَّلْتَ لَنَا ۚ  قَالَ النَّارُ مَثْوَاكُمْ خَالِدِينَ فِيهَآ إِلَّا مَا شَآءَ اللَّهُ ۗ  إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ

Dan (ingatlah) Hari (Kiamat yang padanya) ALLAH akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): “Wahai sekalian jin (Syaitan-Syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia”. Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: “Wahai TUHAN kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-Syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (Hari Kiamat) yang ENGKAU telah tentukan bagi kami”. (ALLAH berfirman): “Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki ALLAH”. Sesungguhnya TUHANmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. {6:128}

وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan demikianlah KAMI jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan (dari perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu). {6:129}

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ ءَايَاتِي وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَآءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا ۚ  قَالُوا شَهِدْنَا عَلَىٰٓ أَنفُسِنَا ۖ  وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-Rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKU (perintah-perintahKU), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan Hari (Kiamat) ini? Mereka menjawab: “Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-Rasul itu)”. Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada Hari Akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-Rasul itu). {6:130}

ذَٰلِكَ أَن لَّمْ يَكُن رَّبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا غَافِلُونَ

Yang demikian (kedatangan Rasul-Rasul itu ialah), kerana TUHANmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai. {6:131}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: