Al-Quran Muka Surat 165/604

[Muka surat 165/604]
[Surah al-A`raaf]
[Surah nombor 7, ayat 121-130]

قَالُوٓا ءَامَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ

Sambil (ahli-ahli sihir itu) berkata: “Kami beriman kepada TUHAN sekalian alam. {7:121}

رَبِّ مُوسَىٰ وَهَارُونَ

“(Iaitu) TUHAN bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”. {7:122}

قَالَ فِرْعَوْنُ ءَامَنتُم بِهِ قَبْلَ أَنْ ءَاذَنَ لَكُمْ ۖ  إِنَّ هَٰذَا لَمَكْرٌ مَّكَرْتُمُوهُ فِي الْمَدِينَةِ لِتُخْرِجُوا مِنْهَآ أَهْلَهَا ۖ  فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

Fir`aun berkata: “Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya daripadanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya). {7:123}

لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلَافٍ ثُمَّ لَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ

“Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya”. {7:124}

قَالُوٓا إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ

Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada TUHAN kamilah kembalinya kami (dan kepadaNYAlah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNYA). {7:125}

وَمَا تَنقِمُ مِنَّآ إِلَّآ أَنْ ءَامَنَّا بِئَايَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَآءَتْنَا ۚ  رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

“Dan tidaklah engkau (hai Fir`aun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat TUHAN kami, ketika sampainya kepada kami”. (Mereka berdoa): “Wahai TUHAN kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMU)”. {7:126}

وَقَالَ الْمَلَأُ مِن قَوْمِ فِرْعَوْنَ أَتَذَرُ مُوسَىٰ وَقَوْمَهُ لِيُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَيَذَرَكَ وَءَالِهَتَكَ ۚ  قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَآءَهُمْ وَنَسْتَحْيِي نِسَآءَهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ

Dan berkatalah pula ketua-ketua dari kaum Fir`aun: “Adakah engkau (wahai Fir`aun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?” Fir`aun menjawab: “Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka”. {7:127}

قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّهِ وَاصْبِرُوا ۖ  إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ  وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada ALLAH dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan ALLAH, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNYA dari hamba-hambaNYA; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. {7:128}

قَالُوٓا أُوذِينَا مِن قَبْلِ أَن تَأْتِيَنَا وَمِن بَعْدِ مَا جِئْتَنَا ۚ  قَالَ عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُهْلِكَ عَدُوَّكُمْ وَيَسْتَخْلِفَكُمْ فِي الْأَرْضِ فَيَنظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ

Mereka berkata: “Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Fir`aun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami”. Nabi Musa menjawab: “Mudah-mudahan TUHAN kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian DIA akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?” {7:129}

وَلَقَدْ أَخَذْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Dan sesungguhnya KAMI telah menimpakan Fir`aun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran. {7:130}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: