Al-Quran Muka Surat 218/604

[Muka surat 218/604]
[Surah Yunus]
[Surah nombor 10, ayat 79-88]

وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ

Dan berkatalah Fir`aun (kepada orang-orangnya): “Bawalah kamu kepadaku segala ahli sihir yang mahir”. {10:79}

فَلَمَّا جَآءَ السَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلْقُوا مَآ أَنتُم مُّلْقُونَ

Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka: “Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan (benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!” {10:80}

فَلَمَّآ أَلْقَوْا قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ ۖ  إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ ۖ  إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: “Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya ALLAH akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNYA kepadaku); sesungguhnya ALLAH tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.” {10:81}

وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ

“Dan ALLAH juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNYA, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”. {10:82}

فَمَآ ءَامَنَ لِمُوسَىٰٓ إِلَّا ذُرِّيَّةٌ مِّن قَوْمِهِ عَلَىٰ خَوْفٍ مِّن فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِمْ أَن يَفْتِنَهُمْ ۚ  وَإِنَّ فِرْعَوْنَ لَعَالٍ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّهُ لَمِنَ الْمُسْرِفِينَ

Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itu pun dengan keadaan takut kepada Fir`aun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Fir`aun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. {10:83}

وَقَالَ مُوسَىٰ يَا قَوْمِ إِن كُنتُمْ ءَامَنتُم بِاللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوٓا إِن كُنتُم مُّسْلِمِينَ

Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): “Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada ALLAH, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNYA, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH)”. {10:84}

فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Lalu mereka berkata: “Kepada ALLAH jualah kami berserah. Wahai TUHAN kami! Janganlah ENGKAU jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas.” {10:85}

وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMU dari angkara kaum yang kafir”. {10:86}

وَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰ وَأَخِيهِ أَن تَبَوَّءَا لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا وَاجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۗ  وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan (setelah itu), KAMI wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): “Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat solat, serta dirikanlah solat di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Fir`aun dan kaumnya)”. {10:87}

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَآ إِنَّكَ ءَاتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَن سَبِيلِكَ ۖ  رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَىٰٓ أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: “Wahai TUHAN kami! Sesungguhnya ENGKAU telah memberikan kepada Fir`aun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai TUHAN kami! (Kemewahan yang ENGKAU berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMU (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai TUHAN kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah jantung hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.” {10:88}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: