Al-Quran Muka Surat 249/604

[Muka surat 249/604]
[Surah ar-Ra`d]
[Surah nombor 13, ayat 1-5]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

الٓمٓر ۚ  تِلْكَ ءَايَاتُ الْكِتَابِ ۗ  وَالَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

Alif, Laam, Miim, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Qur’an); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari TUHANmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman. {13:1}

اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ  ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ  وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ  كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ  يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَآءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ

ALLAH jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian DIA istiwa di atas `Arasy; dan DIA memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNYA) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. ALLAH jualah yang mentadbirkan segala urusan; DIA menerangkan tanda-tanda kekuasaanNYA satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan TUHAN kamu (untuk menerima balasan). {13:2}

وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الْأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْهَارًا ۖ  وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ  يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ ۚ  إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَئَايَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan DIAlah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, DIA jadikan padanya pasangan: dua-dua. DIA juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan ALLAH bagi kaum yang (mahu) berfikir. {13:3}

وَفِي الْأَرْضِ قِطَعٌ مُّتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِّنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَىٰ بِمَآءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَىٰ بَعْضٍ فِي الْأُكُلِ ۚ  إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَئَايَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan KAMI lebihkan buah sesetengahnya dari sesetengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya).  Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan ALLAH bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya. {13:4}

وَإِن تَعْجَبْ فَعَجَبٌ قَوْلُهُمْ ءَإِذَا كُنَّا تُرَابًا ءَإِنَّا لَفِي خَلْقٍ جَدِيدٍ ۗ  أُوْلَٰٓئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ ۖ  وَأُوْلَٰٓئِكَ الْأَغْلَالُ فِيٓ أَعْنَاقِهِمْ ۖ  وَأُوْلَٰٓئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ  هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Dan jika engkau merasa hairan (wahai Muhammad), maka sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafir itu (yang mengatakan): “Apakah apabila kami telah menjadi tanah, sungguhkah kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu?” Mereka itulah orang-orang yang kufur ingkar kepada TUHAN mereka, dan merekalah yang dibelenggu dengan belenggu-belenggu pada leher mereka; dan merekalah juga ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. {13:5}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: