Al-Quran Muka Surat 250/604

[Muka surat 250/604]
[Surah ar-Ra`d]
[Surah nombor 13, ayat 6-13]

وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ وَقَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِمُ الْمَثُلَاتُ ۗ  وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو مَغْفِرَةٍ لِّلنَّاسِ عَلَىٰ ظُلْمِهِمْ ۖ  وَإِنَّ رَبَّكَ لَشَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan perkara buruk (azab yang dijanjikan) sebelum mereka memohon kebaikan; padahal sesungguhnya telah berlaku sebelum mereka peristiwa-peristiwa azab yang telah menimpa orang-orang yang kafir seperti mereka. Dan (ingatlah) sesungguhnya TUHANmu amat melimpah keampunanNYA bagi manusia (yang bertaubat) terhadap kezaliman mereka, dan sesungguhnya TUHANmu juga amatlah keras balasan azabNYA (terhadap golongan yang tetap ingkar). {13:6}

وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَآ أُنزِلَ عَلَيْهِ ءَايَةٌ مِّن رَّبِّهِ ۗ  إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرٌ ۖ  وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ

Dan berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari TUHANnya?” Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar. {13:7}

اللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَىٰ وَمَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ ۖ  وَكُلُّ شَيْءٍ عِندَهُ بِمِقْدَارٍ

ALLAH mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNYA dengan kadar yang tertentu. {13:8}

عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيرُ الْمُتَعَالِ

DIAlah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; DIAlah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya). {13:9}

سَوَآءٌ مِّنكُم مَّنْ أَسَرَّ الْقَوْلَ وَمَن جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْتَخْفٍ بِاللَّيْلِ وَسَارِبٌ بِالنَّهَارِ

Sama sahaja kepadaNYA: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam jantung hati dan sesiapa yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang. {13:10}

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ  إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ  وَإِذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ  وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada Malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNYA itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNYA. {13:11}

هُوَ الَّذِي يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ

DIAlah yang memperlihatkan kilat kepada kamu untuk menakutkan (dengan panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan DIA yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air). {13:12}

وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَآئِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَآءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ

Dan DIAlah juga yang guruh dan Malaikat bertasbih memujiNYA, kerana takut kepadaNYA. Dan DIAlah juga yang menghantarkan petir, lalu DIA mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakiNYA dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan ALLAH (dan kuat kuasaNYA). Padahal DIA amat keras azab seksaNYA. {13:13}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: