Al-Quran Muka Surat 293/604

[Muka surat 293/604]
[Surah al-Isra’]
[Surah nombor 17, ayat 105-111]

وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ ۗ  وَمَآ أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا

Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmah KAMI turunkan Al-Qur’an, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah KAMI mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). {17:105}

وَقُرْءَانًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا

Dan Al-Qur’an itu KAMI bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan KAMI menurunkannya beransur-ansur. {17:106}

قُلْ ءَامِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا ۚ  إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): “Sama ada kamu beriman kepada Al-Qur’an atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Qur’an kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); {17:107}

وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَآ إِن كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا

Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): “Maha Suci TUHAN kami! Sesungguhnya janji TUHAN kami tetap terlaksana.” {17:108}

وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا

۩

Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Qur’an menambahkan mereka khusyuk. {17:109}

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَ ۖ  أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنَىٰ ۚ  وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا

Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah Nama ‘ALLAH’ atau Nama ‘Ar-Rahman’, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua Nama itu adalah baik belaka); kerana ALLAH mempunyai banyak Nama-Nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. {17:110}

وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ  وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا

Dan katakanlah: “Segala puji bagi ALLAH yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNYA sekutu dalam urusan kerajaanNYA, dan tiada bagiNYA penolong disebabkan sesuatu kelemahanNYA; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNYA dengan bersungguh-sungguh!” {17:111}

[Surah al-Kahfi]
[Surah nombor 18, ayat 1-4]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

Segala puji bagi ALLAH yang telah menurunkan kepada hambaNYA (Muhammad), Kitab suci Al-Qur’an, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): {18:1}

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas, turunnya Al-Qur’an untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisiNYA, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. {18:2}

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. {18:3}

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

Dan juga Al-Qur’an itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: “ALLAH mempunyai anak”. {18:4}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: