Al-Quran Muka Surat 304/604

[Muka surat 304/604]
[Surah al-Kahf]
[Surah nombor 18, ayat 98-110]

قَالَ هَٰذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي ۖ  فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّآءَ ۖ  وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari TUHANku; dalam pada itu, apabila sampai janji TUHANku, DIA akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji TUHANku itu benar”. {18:98}

وَتَرَكْنَا بَعْضَهُمْ يَوْمَئِذٍ يَمُوجُ فِي بَعْضٍ ۖ  وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَجَمَعْنَاهُمْ جَمْعًا

Dan KAMI biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu KAMI himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar. {18:99}

وَعَرَضْنَا جَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ لِّلْكَافِرِينَ عَرْضًا

Dan KAMI perlihatkan Neraka Jahannam pada Hari itu kepada orang-orang kafir dengan pendedahan yang jelas nyata; {18:100}

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَآءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKU, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali. {18:101}

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوٓا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِيٓ أَوْلِيَآءَ ۚ  إِنَّآ أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKU sebagai makhluk-makhluk yang disembah selain daripadaKU dapat menolong mereka? Sesungguhnya KAMI telah sediakan Neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu. {18:102}

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?” {18:103}

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

“(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. {18:104}

أُوْلَٰٓئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِئَايَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَآئِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat TUHAN mereka dan akan pertemuan denganNYA; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya KAMI tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada Hari Kiamat kelak. {18:105}

ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوٓا ءَايَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKU dan Rasul-RasulKU sebagai ejek-ejekan. {18:106}

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-Syurga Firdaus sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). {18:107}

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. {18:108}

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-Kalimah TUHANku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-Kalimah TUHANku, walaupun KAMI tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan”. {18:109}

قُلْ إِنَّمَآ أَنَاْ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ  فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa TUHAN kamu hanyalah TUHAN Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TUHANnya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada TUHANnya”. {18:110}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: