Al-Quran Muka Surat 307/604

[Muka surat 307/604]
[Surah Maryam]
[Surah nombor 19, ayat 26-38]

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ  فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِيٓ إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (ALLAH) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapa pun dari kalangan manusia pada hari ini”. {19:26}

فَأَتَتْ بِهِ قَوْمَهَا تَحْمِلُهُ ۖ  قَالُوا يَا مَرْيَمُ لَقَدْ جِئْتِ شَيْئًا فَرِيًّا

Kemudian baliklah dia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya. Mereka pun menempelaknya dengan berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!” {19:27}

يَآ أُخْتَ هَارُونَ مَا كَانَ أَبُوكِ امْرَأَ سَوْءٍ وَمَا كَانَتْ أُمُّكِ بَغِيًّا

“Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!” {19:28}

فَأَشَارَتْ إِلَيْهِ ۖ  قَالُوا كَيْفَ نُكَلِّمُ مَن كَانَ فِي الْمَهْدِ صَبِيًّا

Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?” {19:29}

قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ ءَاتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا

Dia (bayi tersebut) menjawab: “Sesungguhnya aku ini hamba ALLAH; DIA telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan DIA telah menjadikan daku seorang Nabi.” {19:30}

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنتُ وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا

“Dan DIA menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan solat dan memberi zakat selagi aku hidup.” {19:31}

وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا

“Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan DIA tidak menjadikan daku seorang yang sombong takabbur atau derhaka.” {19:32}

وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدتُّ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا

“Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada Hari aku dibangkitkan hidup semula (pada Hari Kiamat)”. {19:33}

ذَٰلِكَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ ۚ  قَوْلَ الْحَقِّ الَّذِي فِيهِ يَمْتَرُونَ

Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya. {19:34}

مَا كَانَ لِلَّهِ أَن يَتَّخِذَ مِن وَلَدٍ ۖ  سُبْحَانَهُ ۚ  إِذَا قَضَىٰٓ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ

Tiadalah layak bagi ALLAH mempunyai anak. Maha Sucilah DIA. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah DIA berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia. {19:35}

وَإِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ  هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ

Dan sesungguhnya ALLAH ialah TUHANku dan TUHAN kamu maka sembahlah kamu akan DIA. Inilah jalan yang betul – lurus “. {19:36}

فَاخْتَلَفَ الْأَحْزَابُ مِن بَيْنِهِمْ ۖ  فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِن مَّشْهَدِ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa yang disaksikan pada Hari yang besar huru-haranya. {19:37}

أَسْمِعْ بِهِمْ وَأَبْصِرْ يَوْمَ يَأْتُونَنَا ۖ  لَٰكِنِ الظَّالِمُونَ الْيَوْمَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap KAMI pada Hari Akhirat. Tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata. {19:38}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: