Al-Quran Muka Surat 308/604

[Muka surat 308/604]
[Surah Maryam]
[Surah nombor 19, ayat 39-51]

وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang Hari Penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman. {19:39}

إِنَّا نَحْنُ نَرِثُ الْأَرْضَ وَمَنْ عَلَيْهَا وَإِلَيْنَا يُرْجَعُونَ

Sesungguhnya KAMI lah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada KAMI lah mereka akan dikembalikan. {19:40}

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ ۚ  إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Qur’an) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah dia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi. {19:41}

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَآ أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنكَ شَيْئًا

Ketika dia berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikit pun?” {19:42}

يَآ أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَآءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِيٓ أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا

“Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu. Oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.” {19:43}

يَآ أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ ۖ  إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ عَصِيًّا

“Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada ALLAH yang melimpah-limpah rahmatNYA.” {19:44}

يَآ أَبَتِ إِنِّيٓ أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِّنَ الرَّحْمَٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا

“Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (ALLAH) Ar-Rahman (disebabkan ayah menyembah selain daripadaNYA); maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan (di dalam Neraka)”. {19:45}

قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنْ ءَالِهَتِي يَآ إِبْرَاهِيمُ ۖ  لَئِن لَّمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ ۖ  وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا

(Bapanya) menjawab: “Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku, sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa.” {19:46}

قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ ۖ  سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّيٓ ۖ  إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا

Nabi Ibrahim berkata: “Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon kepada TUHANku supaya mengampuni dosamu; sesungguhnya DIA sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNYA kepadaku.” {19:47}

وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَىٰٓ أَلَّآ أَكُونَ بِدُعَآءِ رَبِّي شَقِيًّا

“Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari ALLAH; dan aku akan beribadat kepada TUHANku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada TUHANku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)”. {19:48}

فَلَمَّا اعْتَزَلَهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ وَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ ۖ  وَكُلًّا جَعَلْنَا نَبِيًّا

Maka apabila dia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari ALLAH, KAMI kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya KAMI jadikan berpangkat Nabi. {19:49}

وَوَهَبْنَا لَهُم مِّن رَّحْمَتِنَا وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيًّا

Dan KAMI kurniakan kepada mereka dari rahmat KAMI, dan KAMI jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia. {19:50}

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ مُوسَىٰٓ ۚ  إِنَّهُ كَانَ مُخْلَصًا وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Qur’an) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya dia adalah orang pilihan, dan adalah dia seorang Rasul, lagi Nabi. {19:51}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: