Al-Quran Muka Surat 309/604

[Muka surat 309/604]
[Surah Maryam]
[Surah nombor 19, ayat 52-64]

وَنَادَيْنَاهُ مِن جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيًّا

Dan KAMI telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tur Sina, dan KAMI dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan KAMI. {19:52}

وَوَهَبْنَا لَهُ مِن رَّحْمَتِنَآ أَخَاهُ هَارُونَ نَبِيًّا

Dan KAMI kurniakan kepadanya dari rahmat KAMI, saudaranya: Harun, yang juga berpangkat Nabi. {19:53}

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِسْمَاعِيلَ ۚ  إِنَّهُ كَانَ صَادِقَ الْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Qur’an) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya dia adalah benar menepati janji dan adalah dia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. {19:54}

وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِندَ رَبِّهِ مَرْضِيًّا

Dan adalah dia menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan dia pula adalah seorang yang diredhai di sisi TUHANnya! {19:55}

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِدْرِيسَ ۚ  إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Qur’an) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah dia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta dia seorang Nabi. {19:56}

وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا

Dan KAMI telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya. {19:57}

أُوْلَٰٓئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ مِن ذُرِّيَّةِ ءَادَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِن ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرَآئِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَآ ۚ  إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ءَايَاتُ الرَّحْمَٰنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا

۩

Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan ALLAH nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang KAMI bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil (Nabi Yaakub) – dan mereka itu adalah dari orang-orang yang KAMI beri hidayah petunjuk dan KAMI pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (ALLAH) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. {19:58}

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ  فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka), {19:59}

إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُوْلَٰٓئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikit pun, – {19:60}

جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ عِبَادَهُ بِالْغَيْبِ ۚ  إِنَّهُ كَانَ وَعْدُهُ مَأْتِيًّا

(Iaitu) Syurga ” Adn ” yang telah dijanjikan oleh (ALLAH) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNYA disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya TUHAN itu, janjiNYA tetap berlaku. {19:61}

لَّا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا إِلَّا سَلَامًا ۖ  وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيًّا

Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa). {19:62}

تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَن كَانَ تَقِيًّا

Itulah taman Syurga yang KAMI akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertaqwa dari hamba-hamba KAMI. {19:63}

وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمْرِ رَبِّكَ ۖ  لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا وَمَا خَلْفَنَا وَمَا بَيْنَ ذَٰلِكَ ۚ  وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

Dan (berkatalah Malaikat): “Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah TUHANmu (wahai Muhammad); DIA lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah TUHANmu itu lupa, -” {19:64}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: