Al-Quran Muka Surat 312/604

[Muka surat 312/604]
[Surah Maryam]
[Surah nombor 19, ayat 96-98]

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَٰنُ وُدًّا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ALLAH yang melimpah-limpah rahmatNYA akan menanamkan bagi mereka dalam jantung hati orang ramai perasaan kasih sayang. {19:96}

فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لِتُبَشِّرَ بِهِ الْمُتَّقِينَ وَتُنذِرَ بِهِ قَوْمًا لُّدًّا

Maka sesungguhnya KAMI memudahkan turunnya Al-Qur’an ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya. {19:97}

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هَلْ تُحِسُّ مِنْهُم مِّنْ أَحَدٍ أَوْ تَسْمَعُ لَهُمْ رِكْزًا

Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang KAMI telah binasakan sebelum mereka; engkau tidak menyedari atau pun mendengar suara yang sayup bagi seseorang pun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu. {19:98}

[Surah To-Ha]
[Surah nombor 20, ayat 1-12]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

طه

Taa Haa. {20:1}

مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰ

KAMI tidak menurunkan Al-Qur’an kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. {20:2}

إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah ALLAH. {20:3}

تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى

(Al-Qur’an) diturunkan dari (TUHAN) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. {20:4}

الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ

Iaitu (ALLAH) Ar-Rahman, yang beristiwa di atas Arasy. {20:5}

لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَىٰ

DIA lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. {20:6}

وَإِن تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى

Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya ALLAH mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. {20:7}

اللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ  لَهُ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنَىٰ

ALLAH! Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan DIA, bagiNYAlah segala Nama yang baik. {20:8}

وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ

Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa? {20:9}

إِذْ رَأَىٰ نَارًا فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوٓا إِنِّيٓ ءَانَسْتُ نَارًا لَّعَلِّيٓ ءَاتِيكُم مِّنْهَا بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى

Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: “Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api. Semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan. {20:10}

فَلَمَّآ أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَىٰ

Maka apabila dia sampai ke tempat api itu (kedengaran) dia diseru: “Wahai Musa! ” – {20:11}

إِنِّيٓ أَنَاْ رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ ۖ  إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى

“Sesungguhnya AKU TUHANmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci. {20:12}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: