Al-Quran Muka Surat 313/604

[Muka surat 313/604]
[Surah To-Ha]
[Surah nombor 20, ayat 13-37]

وَأَنَا اخْتَرْتُكَ فَاسْتَمِعْ لِمَا يُوحَىٰ

“Dan AKU telah memilihmu (Nabi Musa) menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.” {20:13}

إِنَّنِيٓ أَنَا اللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَاْ فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

“Sesungguhnya AKUlah ALLAH; tiada tuhan melainkan AKU; oleh itu, sembahlah akan AKU, dan dirikanlah solat untuk mengingati AKU.” {20:14}

إِنَّ السَّاعَةَ ءَاتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَىٰ

“Sesungguhnya Hari Kiamat itu tetap akan datang – yang AKU sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.” {20:15}

فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَن لَّا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَىٰ

“Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.” {20:16}

وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَا مُوسَىٰ

“Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?” {20:17}

قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَئَارِبُ أُخْرَىٰ

Nabi Musa menjawab: “Ini ialah tongkatku; aku bertekan ke atasnya semasa berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu”. {20:18}

قَالَ أَلْقِهَا يَا مُوسَىٰ

ALLAH Ta`ala berfirman: “Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!” {20:19}

فَأَلْقَاهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ

Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar. {20:20}

قَالَ خُذْهَا وَلَا تَخَفْ ۖ  سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا الْأُولَىٰ

ALLAH berfirman: “Tangkaplah akan ia, dan janganlah engkau takut, KAMI akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.” {20:21}

وَاضْمُمْ يَدَكَ إِلَىٰ جَنَاحِكَ تَخْرُجْ بَيْضَآءَ مِنْ غَيْرِ سُوٓءٍ ءَايَةً أُخْرَىٰ

“Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.” {20:22}

لِنُرِيَكَ مِنْ ءَايَاتِنَا الْكُبْرَى

“(Berlakunya yang demikian itu) kerana KAMI hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan KAMI yang besar.” {20:23}

اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ

“Pergilah kepada Fir`aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas”. {20:24}

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai TUHANku, lapangkanlah bagiku dadaku;” {20:25}

وَيَسِّرْ لِيٓ أَمْرِي

“Dan mudahkanlah bagiku tugasku;” {20:26}

وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي

“Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,” {20:27}

يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Supaya mereka faham perkataanku;” {20:28}

وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي

“Dan jadikanlah bagiku seorang penyokong dari keluargaku.” {20:29}

هَارُونَ أَخِي

“Iaitu Harun saudaraku;” {20:30}

اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي

“Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,” {20:31}

وَأَشْرِكْهُ فِيٓ أَمْرِي

“Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,” {20:32}

كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا

“Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMU,” {20:33}

وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا

“Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMU;” {20:34}

إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرًا

“Sesungguhnya ENGKAU adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami”. {20:35}

قَالَ قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَا مُوسَىٰ

ALLAH berfirman: “Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu wahai Musa!” {20:36}

وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَيْكَ مَرَّةً أُخْرَىٰ

“Dan demi sesungguhnya! KAMI telah pun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.” {20:37}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: