Al-Quran Muka Surat 315/604

[Muka surat 315/604]
[Surah To-Ha]
[Surah nombor 20, ayat 52-64]

قَالَ عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي فِي كِتَابٍ ۖ  لَّا يَضِلُّ رَبِّي وَلَا يَنسَى

Nabi Musa menjawab: “Pengetahuan mengenainya ada di sisi TUHANku, tertulis di dalam sebuah Kitab; TUHANku tidak pernah keliru dan DIA juga tidak pernah lupa.” {20:52}

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ مَهْدًا وَسَلَكَ لَكُمْ فِيهَا سُبُلًا وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّن نَّبَاتٍ شَتَّىٰ

(DIA lah TUHAN) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan DIA telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan DIA juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka KAMI keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya. {20:53}

كُلُوا وَارْعَوْا أَنْعَامَكُمْ ۗ  إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَئَايَاتٍ لِّأُوْلِي النُّهَىٰ

Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan ALLAH, bagi orang-orang yang berakal fikiran. {20:54}

مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَىٰ

Dari bumi lah KAMI ciptakan kamu, dan ke dalamnya KAMI akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula KAMI akan mengeluarkan kamu sekali lagi. {20:55}

وَلَقَدْ أَرَيْنَاهُ ءَايَاتِنَا كُلَّهَا فَكَذَّبَ وَأَبَىٰ

Dan demi sesungguhnya! KAMI telah tunjukkan kepada Fir`aun segala tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan KAMI; dalam pada itu dia mendustakannya dan enggan beriman. {20:56}

قَالَ أَجِئْتَنَا لِتُخْرِجَنَا مِنْ أَرْضِنَا بِسِحْرِكَ يَا مُوسَىٰ

Fir`aun berkata: “Patutkah engkau datang kepada kami untuk mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa?” {20:57}

فَلَنَأْتِيَنَّكَ بِسِحْرٍ مِّثْلِهِ فَاجْعَلْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ مَوْعِدًا لَّا نُخْلِفُهُ نَحْنُ وَلَآ أَنتَ مَكَانًا سُوًى

“Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak.” {20:58}

قَالَ مَوْعِدُكُمْ يَوْمُ الزِّينَةِ وَأَن يُحْشَرَ النَّاسُ ضُحًى

Nabi Musa menjawab: “Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha”. {20:59}

فَتَوَلَّىٰ فِرْعَوْنُ فَجَمَعَ كَيْدَهُ ثُمَّ أَتَىٰ

Maka Fir`aun pun berangkat dari majlis itu. Dia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian dia datang ke tempat perlawanan. {20:60}

قَالَ لَهُم مُّوسَىٰ وَيْلَكُمْ لَا تَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ كَذِبًا فَيُسْحِتَكُم بِعَذَابٍ ۖ  وَقَدْ خَابَ مَنِ افْتَرَىٰ

Nabi Musa berkata kepada mereka: “Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap ALLAH, kerana dengan sebab itu DIA akan membinasakan kamu dengan azab seksa; dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa.” {20:61}

فَتَنَازَعُوٓا أَمْرَهُم بَيْنَهُمْ وَأَسَرُّوا النَّجْوَىٰ

Maka mereka pun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai perkara sihir mereka, dan mereka rahsiakan apa yang mereka rundingkan. {20:62}

قَالُوٓا إِنْ هَٰذَانِ لَسَاحِرَانِ يُرِيدَانِ أَن يُخْرِجَاكُم مِّنْ أَرْضِكُم بِسِحْرِهِمَا وَيَذْهَبَا بِطَرِيقَتِكُمُ الْمُثْلَىٰ

Mereka berkata: “Dua orang ini (Nabi Musa dan Nabi Harun), sebenarnya dua ahli sihir yang bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihir mereka, dan hendak melenyapkan kepercayaan serta adat peraturan kamu yang utama.” {20:63}

فَأَجْمِعُوا كَيْدَكُمْ ثُمَّ ائْتُوا صَفًّا ۚ  وَقَدْ أَفْلَحَ الْيَوْمَ مَنِ اسْتَعْلَىٰ

“Oleh itu, satukanlah segala cara helah kamu, kemudian datanglah beramai-ramai dalam satu barisan untuk menentangnya; dan sesungguhnya beruntunglah orang yang menang pada hari ini.” {20:64}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: