Al-Quran Muka Surat 319/604

[Muka surat 319/604]
[Surah To-Ha]
[Surah nombor 20, ayat 99-113]

كَذَٰلِكَ نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَآءِ مَا قَدْ سَبَقَ ۚ  وَقَدْ ءَاتَيْنَاكَ مِن لَّدُنَّا ذِكْرًا

Demikianlah KAMI ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya KAMI telah memberikan kepadamu dari sisi KAMI (sebuah Kitab Al-Qur’an yang menjadi) peringatan. {20:99}

مَّنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُ يَحْمِلُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وِزْرًا

Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Qur’an itu, maka sesungguhnya dia pada Hari Kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. {20:100}

خَالِدِينَ فِيهِ ۖ  وَسَآءَ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِمْلًا

Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu; dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada Hari Kiamat, {20:101}

يَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ ۚ  وَنَحْشُرُ الْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ زُرْقًا

(Iaitu) hari ditiup Sangkakala, dan KAMI akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya. {20:102}

يَتَخَافَتُونَ بَيْنَهُمْ إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا عَشْرًا

Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: “Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja”. {20:103}

نَّحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ إِذْ يَقُولُ أَمْثَلُهُمْ طَرِيقَةً إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا يَوْمًا

(ALLAH berfirman): “KAMI lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: “Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat”.” {20:104}

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْجِبَالِ فَقُلْ يَنسِفُهَا رَبِّي نَسْفًا

Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: “TUHANku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.” {20:105}

فَيَذَرُهَا قَاعًا صَفْصَفًا

“Lalu DIA membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin”. {20:106}

لَّا تَرَىٰ فِيهَا عِوَجًا وَلَآ أَمْتًا

Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi. {20:107}

يَوْمَئِذٍ يَتَّبِعُونَ الدَّاعِيَ لَا عِوَجَ لَهُ ۖ  وَخَشَعَتِ الْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمَٰنِ فَلَا تَسْمَعُ إِلَّا هَمْسًا

Pada Hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya; dan diam khusyuklah segala suara kepada ALLAH yang melimpah-limpah rahmatNYA sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan. {20:108}

يَوْمَئِذٍ لَّا تَنفَعُ الشَّفَاعَةُ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَٰنُ وَرَضِيَ لَهُ قَوْلًا

Pada Hari itu tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapa pun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh ALLAH yang melimpah-limpah rahmatNYA, dan kepada orang yang diredhai perkataannya. {20:109}

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِهِ عِلْمًا

ALLAH mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa yang di belakang mereka (dari perkara Akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi. {20:110}

وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ ۖ  وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا

Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada ALLAH Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman. {20:111}

وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا يَخَافُ ظُلْمًا وَلَا هَضْمًا

Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang dia beriman, maka tidaklah (seharusnya) dia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikit pun dari pahalanya. {20:112}

وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَاهُ قُرْءَانًا عَرَبِيًّا وَصَرَّفْنَا فِيهِ مِنَ الْوَعِيدِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ أَوْ يُحْدِثُ لَهُمْ ذِكْرًا

Dan demikianlah KAMI telah menurunkan Al-Qur’an sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan KAMI telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan untuk faedah mereka. {20:113}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: