Al-Quran Muka Surat 343/604

[Muka surat 343/604]
[Surah al-Mu’minun]
[Surah nombor 23, ayat 18-27]

وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَآءِ مَآءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ ۖ  وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ

Dan KAMI turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta KAMI tempatkan ia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya KAMI sudah tentu berkuasa melenyapkannya. {23:18}

فَأَنشَأْنَا لَكُم بِهِ جَنَّاتٍ مِّن نَّخِيلٍ وَأَعْنَابٍ لَّكُمْ فِيهَا فَوَاكِهُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

Kemudian, KAMI tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu. {23:19}

وَشَجَرَةً تَخْرُجُ مِن طُورِ سَيْنَآءَ تَنبُتُ بِالدُّهْنِ وَصِبْغٍ لِّلْآكِلِينَ

Dan (KAMI juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan. {23:20}

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً ۖ  نُّسْقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهَا وَلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan ALLAH penciptanya); KAMI beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu. {23:21}

وَعَلَيْهَا وَعَلَى الْفُلْكِ تُحْمَلُونَ

Dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal kamu diangkut. {23:22}

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ  أَفَلَا تَتَّقُونَ

Dan demi sesungguhnya, KAMI telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah dia: “Wahai kaumku, sembahlah kamu akan ALLAH (sebenarnya) tidak ada TUHAN bagi kamu selain daripadaNYA. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNYA?”. {23:23}

فَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَوْمِهِ مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيْكُمْ وَلَوْ شَآءَ اللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَآئِكَةً مَّا سَمِعْنَا بِهَٰذَا فِي ءَابَآئِنَا الْأَوَّلِينَ

Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri): “Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, dia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah ALLAH berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah DIA menurunkan Malaikat menjadi RasulNYA. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu”. {23:24}

إِنْ هُوَ إِلَّا رَجُلٌ بِهِ جِنَّةٌ فَتَرَبَّصُوا بِهِ حَتَّىٰ حِينٍ

“Dia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah akan perubahan keadaannya hingga ke suatu masa”. {23:25}

قَالَ رَبِّ انصُرْنِي بِمَا كَذَّبُونِ

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai TUHANku, tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku”. {23:26}

فَأَوْحَيْنَآ إِلَيْهِ أَنِ اصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا فَإِذَا جَآءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ ۙ  فَاسْلُكْ فِيهَا مِن كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ مِنْهُمْ ۖ  وَلَا تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا ۖ  إِنَّهُم مُّغْرَقُونَ

Lalu KAMI wahyukan kepadanya: “Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan KAMI, dan dengan panduan wahyu KAMI (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum KAMI untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahli keluargamu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaKU untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas”. {23:27}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: