Al-Quran Muka Surat 346/604

[Muka surat 346/604]
[Surah al-Mu’minun]
[Surah nombor 23, ayat 60-74]

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَآ ءَاتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ

Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang jantung hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada TUHAN mereka; {23:60}

أُوْلَٰٓئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ

Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya. {23:61}

وَلَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۖ  وَلَدَيْنَا كِتَابٌ يَنطِقُ بِالْحَقِّ ۚ  وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan KAMI tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi KAMI ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya. {23:62}

بَلْ قُلُوبُهُمْ فِي غَمْرَةٍ مِّنْ هَٰذَا وَلَهُمْ أَعْمَالٌ مِّن دُونِ ذَٰلِكَ هُمْ لَهَا عَامِلُونَ

(Sekali pun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan jantung hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Qur’an) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya; {23:63}

حَتَّىٰٓ إِذَآ أَخَذْنَا مُتْرَفِيهِم بِالْعَذَابِ إِذَا هُمْ يَجْأَرُونَ

Hingga apabila KAMI timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka, maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong. {23:64}

لَا تَجْأَرُوا الْيَوْمَ ۖ  إِنَّكُم مِّنَّا لَا تُنصَرُونَ

(Lalu dikatakan kepada mereka): “Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan daripada KAMI”. {23:65}

قَدْ كَانَتْ ءَايَاتِي تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فَكُنتُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَابِكُمْ تَنكِصُونَ

“(Kerana) sesungguhnya ayat-ayatKU telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang -” {23:66}

مُسْتَكْبِرِينَ بِهِ سَامِرًا تَهْجُرُونَ

“Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari”. {23:67}

أَفَلَمْ يَدَّبَّرُوا الْقَوْلَ أَمْ جَآءَهُم مَّا لَمْ يَأْتِ ءَابَآءَهُمُ الْأَوَّلِينَ

Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu? {23:68}

أَمْ لَمْ يَعْرِفُوا رَسُولَهُمْ فَهُمْ لَهُ مُنكِرُونَ

Atau kerana mereka tidak kenal Rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya? {23:69}

أَمْ يَقُولُونَ بِهِ جِنَّةٌ ۚ  بَلْ جَآءَهُم بِالْحَقِّ وَأَكْثَرُهُمْ لِلْحَقِّ كَارِهُونَ

Atau kerana mereka mengatakan: “Dia kena penyakit gila?” (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa agama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran. {23:70}

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَآءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ  بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ

Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja KAMI memberikan agama yang tetap benar) bahkan KAMI memberi kepada mereka Al-Qur’an yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Qur’an yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; {23:71}

أَمْ تَسْأَلُهُمْ خَرْجًا فَخَرَاجُ رَبِّكَ خَيْرٌ ۖ  وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian TUHANmu lebih baik, dan DIA lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. {23:72}

وَإِنَّكَ لَتَدْعُوهُمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus; {23:73}

وَإِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ عَنِ الصِّرَاطِ لَنَاكِبُونَ

Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu. {23:74}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: