Al-Quran Muka Surat 347/604

[Muka surat 347/604]
[Surah al-Mu’minun]
[Surah nombor 23, ayat 75-89]

وَلَوْ رَحِمْنَاهُمْ وَكَشَفْنَا مَا بِهِم مِّن ضُرٍّ لَّلَجُّوا فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Dan sekiranya KAMI menaruh belas kasihan kepada mereka serta KAMI hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu. {23:75}

وَلَقَدْ أَخَذْنَاهُم بِالْعَذَابِ فَمَا اسْتَكَانُوا لِرَبِّهِمْ وَمَا يَتَضَرَّعُونَ

Dan sesungguhnya KAMI telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada TUHAN mereka dan tidak pula berdoa kepadaNYA dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat); {23:76}

حَتَّىٰٓ إِذَا فَتَحْنَا عَلَيْهِم بَابًا ذَا عَذَابٍ شَدِيدٍ إِذَا هُمْ فِيهِ مُبْلِسُونَ

Sehingga apabila KAMI bukakan kepada mereka sebuah pintu yang menyebabkan azab yang berat, maka mereka serta-merta berputus asa dengan sebabnya – dari mendapat sebarang kebaikan. {23:77}

وَهُوَ الَّذِيٓ أَنشَأَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۚ  قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Dan DIA lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta jantung hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. {23:78}

وَهُوَ الَّذِي ذَرَأَكُمْ فِي الْأَرْضِ وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Dan DIA lah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNYAlah kamu akan dihimpunkan. {23:79}

وَهُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ وَلَهُ اخْتِلَافُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ۚ  أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan DIA lah yang menghidupkan dan mematikan; dan DIA lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir? {23:80}

بَلْ قَالُوا مِثْلَ مَا قَالَ الْأَوَّلُونَ

(Mereka tidak juga mahu berfikir) bahkan mereka berkata seperti yang dikatakan oleh orang-orang dahulu (yang ingkar); {23:81}

قَالُوٓا أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ

Mereka berkata: “Adakah apabila kami telah mati dan kami menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan (hidup semula)? {23:82}

لَقَدْ وُعِدْنَا نَحْنُ وَءَابَآؤُنَا هَٰذَا مِن قَبْلُ إِنْ هَٰذَآ إِلَّآ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

“Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini – kami dan datuk nenek kami – dari dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala.” {23:83}

قُل لِّمَنِ الْأَرْضُ وَمَن فِيهَآ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Tanyakanlah (wahai Muhammad): “Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?” {23:84}

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ ۚ  قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Mereka akan menjawab: “Kepunyaan ALLAH”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?” {23:85}

قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Tanyakanlah lagi: “Siapakah TUHAN yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan TUHAN yang mempunyai Arasy yang besar?” {23:86}

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ ۚ  قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan ALLAH”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” {23:87}

قُلْ مَن بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Tanyakanlah lagi: “Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta dia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatu pun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!” {23:88}

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ ۚ  قُلْ فَأَنَّىٰ تُسْحَرُونَ

Mereka akan menjawab: “(Segala-galanya) dikuasai ALLAH”. Katakanlah: “Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?” {23:89}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: