Al-Quran Muka Surat 349/604

[Muka surat 349/604]
[Surah al-Mu’minun]
[Surah nombor 23, ayat 105-118]

أَلَمْ تَكُنْ ءَايَاتِي تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فَكُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ

(Sambil dikatakan kepada mereka): “Bukankah ayat-ayatKU selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?” {23:105}

قَالُوا رَبَّنَا غَلَبَتْ عَلَيْنَا شِقْوَتُنَا وَكُنَّا قَوْمًا ضَآلِّينَ

Mereka menjawab: “Wahai TUHAN kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat”. {23:106}

رَبَّنَآ أَخْرِجْنَا مِنْهَا فَإِنْ عُدْنَا فَإِنَّا ظَالِمُونَ

“Wahai TUHAN kami, keluarkanlah kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.” {23:107}

قَالَ اخْسَئُوا فِيهَا وَلَا تُكَلِّمُونِ

(ALLAH) berfirman: “Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatu pun) kepadaKU!” {23:108}

إِنَّهُ كَانَ فَرِيقٌ مِّنْ عِبَادِي يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

“Sesungguhnya ada sepuak dari hamba-hambaKU (di dunia dahulu) memohon kepadaKU dengan berkata: “Wahai TUHAN kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya ENGKAUlah jua sebaik-baik Pemberi rahmat”.” {23:109}

فَاتَّخَذْتُمُوهُمْ سِخْرِيًّا حَتَّىٰٓ أَنسَوْكُمْ ذِكْرِي وَكُنتُم مِّنْهُمْ تَضْحَكُونَ

“Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKU, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.” {23:110}

إِنِّي جَزَيْتُهُمُ الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوٓا أَنَّهُمْ هُمُ الْفَآئِزُونَ

“Sesungguhnya AKU membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya”. {23:111}

قَالَ كَمْ لَبِثْتُمْ فِي الْأَرْضِ عَدَدَ سِنِينَ

ALLAH bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): “Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?” {23:112}

قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ فَاسْأَلِ الْعَآدِّينَ

Mereka menjawab: “Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari”; maka bertanyalah kepada golongan (Malaikat) yang menjaga urusan menghitung. {23:113}

قَالَ إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا ۖ  لَّوْ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

ALLAH berfirman: “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)”. {23:114}

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa KAMI hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada KAMI?” {23:115}

فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۖ  لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah ALLAH Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada TUHAN melainkan DIA, TUHAN yang mempunyai Arasy yang mulia. {23:116}

وَمَن يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِندَ رَبِّهِ ۚ  إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ

Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama ALLAH, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi TUHANnya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. {23:117}

وَقُل رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai TUHANku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya ENGKAUlah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!” {23:118}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: