Al-Quran Muka Surat 356/604

[Muka surat 356/604]
[Surah an-Nuur]
[Surah nombor 24, ayat 44-53]

يُقَلِّبُ اللَّهُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ  إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِّأُوْلِي الْأَبْصَارِ

ALLAH menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir. {24:44}

وَاللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَآبَّةٍ مِّن مَّآءٍ ۖ  فَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَىٰ بَطْنِهِ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَىٰ رِجْلَيْنِ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَىٰٓ أَرْبَعٍ ۚ  يَخْلُقُ اللَّهُ مَا يَشَآءُ ۚ  إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan ALLAH menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. ALLAH menciptakan apa sahaja yang DIA kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. {24:45}

لَّقَدْ أَنزَلْنَآ ءَايَاتٍ مُّبَيِّنَاتٍ ۚ  وَاللَّهُ يَهْدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Demi sesungguhnya, KAMI telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan ALLAH memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNYA ke jalan yang lurus. {24:46}

وَيَقُولُونَ ءَامَنَّا بِاللَّهِ وَبِالرَّسُولِ وَأَطَعْنَا ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِّنْهُم مِّن بَعْدِ ذَٰلِكَ ۚ  وَمَآ أُوْلَٰٓئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ

Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNYA ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: “Kami beriman kepada ALLAH dan kepada RasulNYA serta kami taat”; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah ALLAH dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman. {24:47}

وَإِذَا دُعُوٓا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم مُّعْرِضُونَ

Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab ALLAH dan Sunnah RasulNYA supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka). {24:48}

وَإِن يَكُن لَّهُمُ الْحَقُّ يَأْتُوٓا إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ

Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya). {24:49}

أَفِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ أَمِ ارْتَابُوٓا أَمْ يَخَافُونَ أَن يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَرَسُولُهُ ۚ  بَلْ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana jantung hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), atau pun kerana mereka takut bahawa ALLAH dan RasulNYA akan berlaku zalim kepada mereka? (ALLAH dan RasulNYA tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka). {24:50}

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوٓا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۚ  وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab ALLAH dan Sunnah RasulNYA, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. {24:51}

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ الْفَآئِزُونَ

Dan sesiapa yang taat kepada ALLAH dan RasulNYA dan takut melanggar perintah ALLAH serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab ALLAH, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. {24:52}

وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِنْ أَمَرْتَهُمْ لَيَخْرُجُنَّ ۖ  قُل لَّا تُقْسِمُوا ۖ  طَاعَةٌ مَّعْرُوفَةٌ ۚ  إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Dan mereka (yang munafik) bersumpah dengan nama ALLAH, dengan sebebar-benar sumpahnya: bahawa jika engkau (wahai Muhammad) perintahkan mereka (keluar berjihad), tentulah mereka akan keluar. Katakanlah: “Janganlah kamu bersumpah, (taat kamu itu) taat yang terkenal (dustanya). Sesungguhnya ALLAH Amat Mendalam pengetahuanNYA tentang apa yang kamu lakukan”. {24:53}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: