Al-Quran Muka Surat 357/604

[Muka surat 357/604]
[Surah an-Nuur]
[Surah nombor 24, ayat 54-58]

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ ۖ  فَإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُم مَّا حُمِّلْتُمْ ۖ  وَإِن تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا ۚ  وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

Katakanlah lagi (kepada mereka): “Taatlah kamu kepada ALLAH dan taatlah kepada Rasul ALLAH. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul ALLAH hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul ALLAH hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah ALLAH dengan penjelasan yang terang nyata”. {24:54}

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ  يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ  وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

ALLAH menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa DIA akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana DIA telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa; dan DIA akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNYA untuk mereka; dan DIA juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKU dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKU. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. {24:55}

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَءَاتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan dirikanlah kamu akan solat serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul ALLAH; supaya kamu beroleh rahmat. {24:56}

لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ  وَمَأْوَاهُمُ النَّارُ ۖ  وَلَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Janganlah engkau menyangka orang-orang kafir itu akan dapat melemahkan kekuasaan ALLAH (daripada menimpakan azab kepada mereka) di dunia, sedang tempat kembali mereka ialah Neraka; dan sesungguhnya Neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. {24:57}

يَآ أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِيَسْتَأْذِنكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ۚ  مِّن قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِن بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَآءِ ۚ  ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَّكُمْ ۚ  لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ ۚ  طَوَّافُونَ عَلَيْكُم بَعْضُكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ  كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْئَايَاتِ ۗ  وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum solat subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah solat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah ALLAH menerangkan kepada kamu ayat-ayatNYA (yang menjelaskan hukum-hukumNYA); dan (ingatlah) ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. {24:58}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: