Al-Quran Muka Surat 406/604

[Muka surat 406/604]
[Surah ar-Ruum]
[Surah nombor 30, ayat 16-24]

وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِئَايَاتِنَا وَلِقَآءِ الْآخِرَةِ فَأُوْلَٰٓئِكَ فِي الْعَذَابِ مُحْضَرُونَ

Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat KAMI (Al-Qur’an) serta mendustakan pertemuan Hari Akhirat, maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya. {30:16}

فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ

(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada ALLAH semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. {30:17}

وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ

Serta pujilah ALLAH yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNYA) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNYA serta pujilah DIA) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur. {30:18}

يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَيُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ  وَكَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ

DIA mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur). {30:19}

وَمِنْ ءَايَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ إِذَآ أَنتُم بَشَرٌ تَنتَشِرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNYA (menghidupkan kamu semula), bahawa DIA menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi. {30:20}

وَمِنْ ءَايَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوٓا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ  إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَئَايَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNYA dan rahmatNYA, bahawa DIA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNYA di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. {30:21}

وَمِنْ ءَايَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ  إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَئَايَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNYA dan kebijaksanaanNYA ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. {30:22}

وَمِنْ ءَايَاتِهِ مَنَامُكُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَآؤُكُم مِّن فَضْلِهِ ۚ  إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَئَايَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahanNYA dan kasih sayangNYA ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNYA (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran). {30:23}

وَمِنْ ءَايَاتِهِ يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ  إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَئَايَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNYA dan kekuasaanNYA, DIA memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan DIA menurunkan hujan dari langit, lalu DIA hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya. {30:24}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: