Al-Quran Muka Surat 407/604

Screenshot_2020-05-31-12-52-32-594_com.quran.labs.androidquran.png

[Muka surat 407/604]
[Surah ar-Ruum]
[Surah nombor 30, ayat 25-32]

وَمِنْ ءَايَاتِهِ أَن تَقُومَ السَّمَآءُ وَالْأَرْضُ بِأَمْرِهِ ۚ  ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً مِّنَ الْأَرْضِ إِذَآ أَنتُمْ تَخْرُجُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNYA dan kekuasaanNYA, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNYA; akhirnya apabila DIA menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing). {30:25}

وَلَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ  كُلٌّ لَّهُ قَانِتُونَ

Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNYA, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNYA. {30:26}

وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ ۚ  وَلَهُ الْمَثَلُ الْأَعْلَىٰ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ  وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dan DIA lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian DIA mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNYA. Dan bagiNYAlah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan DIA lah jua Yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana. {30:27}

ضَرَبَ لَكُم مَّثَلًا مِّنْ أَنفُسِكُمْ ۖ  هَل لَّكُم مِّن مَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم مِّن شُرَكَآءَ فِي مَا رَزَقْنَاكُمْ فَأَنتُمْ فِيهِ سَوَآءٌ تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنفُسَكُمْ ۚ  كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْئَايَاتِ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

DIA mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang KAMI telah kurniakan kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu, mereka dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi dengan kamu – yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah KAMI menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya. {30:28}

بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوٓا أَهْوَآءَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍ ۖ  فَمَن يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ ۖ  وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh ALLAH (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab. {30:29}

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ  فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ  لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ  ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama ALLAH, iaitu agama yang ALLAH menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan ALLAH itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. {30:30}

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada ALLAH (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNYA; dan kerjakanlah solat dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik – {30:31}

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا ۖ  كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). {30:32}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: