Al-Quran Muka Surat 408/604

[Muka surat 408/604]
[Surah ar-Ruum]
[Surah nombor 30, ayat 33-41]

وَإِذَا مَسَّ النَّاسَ ضُرٌّ دَعَوْا رَبَّهُم مُّنِيبِينَ إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَآ أَذَاقَهُم مِّنْهُ رَحْمَةً إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada TUHAN mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNYA; kemudian apabila ALLAH memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNYA, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan TUHAN mereka; {30:33}

لِيَكْفُرُوا بِمَآ ءَاتَيْنَاهُمْ ۚ  فَتَمَتَّعُوا فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah KAMI berikan kepada mereka. Maka (dikatakan kepada mereka): “Bersenang-senanglah kamu (buat sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)”. {30:34}

أَمْ أَنزَلْنَا عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا فَهُوَ يَتَكَلَّمُ بِمَا كَانُوا بِهِ يُشْرِكُونَ

Pernahkah KAMI menurunkan kepada mereka (yang musyrik itu) sebarang bukti keterangan, lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan syirik itu? {30:35}

وَإِذَآ أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ  وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

Dan apabila KAMI beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. {30:36}

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُ ۚ  إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَئَايَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa ALLAH memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNYA (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan DIA juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan ALLAH) bagi orang-orang yang beriman. {30:37}

فَئَاتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ ۚ  ذَٰلِكَ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ ۖ  وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan ALLAH dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. {30:38}

وَمَآ ءَاتَيْتُم مِّن رِّبًا لِّيَرْبُوَ فِيٓ أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِندَ اللَّهِ ۖ  وَمَآ ءَاتَيْتُم مِّن زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ

Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi ALLAH (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan ALLAH semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. {30:39}

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ ثُمَّ رَزَقَكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ۖ  هَلْ مِن شُرَكَآئِكُم مَّن يَفْعَلُ مِن ذَٰلِكُم مِّن شَيْءٍ ۚ  سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

ALLAH jualah yang mencipta kamu; kemudian DIA memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu DIA mematikan kamu; kemudian DIA menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan ALLAH itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut? Maha Suci ALLAH dan Tertinggi keadaanNYA dari apa yang mereka sekutukan (denganNYA). {30:40}

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). {30:41}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: