Al-Quran Muka Surat 409/604

[Muka surat 409/604]
[Surah ar-Ruum]
[Surah nombor 30, ayat 42-50]

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلُ ۚ  كَانَ أَكْثَرُهُم مُّشْرِكِينَ

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik”. {30:42}

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللَّهِ ۖ  يَوْمَئِذٍ يَصَّدَّعُونَ

(Jika demikian keadaannya) maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah agama yang betul, sebelum datangnya dari ALLAH: Hari yang tak dapat ditolak; pada Hari itu manusia akan berpecah (kepada dua golongan). {30:43}

مَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ ۖ  وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِأَنفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ

Sesiapa yang kufur ingkar maka dia lah sahaja yang menanggung bencana kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal soleh (yang membuktikan imannya), maka merekalah orang-orang yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-masing; {30:44}

لِيَجْزِيَ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِن فَضْلِهِ ۚ  إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Kerana ALLAH akan membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari limpah kurniaNYA. Sesungguhnya DIA tidak suka kepada orang-orang yang kufur ingkar. {30:45}

وَمِنْ ءَايَاتِهِ أَن يُرْسِلَ الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُم مِّن رَّحْمَتِهِ وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNYA, bahawa DIA menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNYA, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNYA, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNYA; dan seterusnya supaya kamu bersyukur. {30:46}

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ رُسُلًا إِلَىٰ قَوْمِهِمْ فَجَآءُوهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَانتَقَمْنَا مِنَ الَّذِينَ أَجْرَمُوا ۖ  وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan demi sesungguhnya, KAMI telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-Rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaum mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian KAMI menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab KAMI menolong orang-orang yang beriman. {30:47}

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَآءِ كَيْفَ يَشَآءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ ۖ  فَإِذَآ أَصَابَ بِهِ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

ALLAH jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian ALLAH menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNYA, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila ALLAH menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNYA dari hamba-hambaNYA, mereka serta merta bergembira; {30:48}

وَإِن كَانُوا مِن قَبْلِ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْهِم مِّن قَبْلِهِ لَمُبْلِسِينَ

Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum diturunkan hujan kepada mereka, adalah orang-orang yang telah berputus asa. {30:49}

فَانظُرْ إِلَىٰٓ ءَاثَارِ رَحْمَتِ اللَّهِ كَيْفَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ  إِنَّ ذَٰلِكَ لَمُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۖ  وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat ALLAH, bagaimana DIA menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya ALLAH yang demikian kekuasaanNYA, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan (ingatlah) DIA Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. {30:50}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: