Al-Quran Muka Surat 414/604

[Muka surat 414/604]
[Surah Luqman]
[Surah nombor 31, ayat 29-34]

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَأَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Tidakkah engkau memerhatikan bahawa ALLAH memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan DIA memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNYA)? Tiap-tiap satu dari kedua-duanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. {31:29}

ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Bersifatnya ALLAH dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya ALLAH, DIA lah sahaja TUHAN Yang Sebenar-Benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari ALLAH adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya ALLAH, DIA lah Yang Maha Tinggi keadaanNYA, lagi Maha Besar (kekuasaanNYA). {31:30}

أَلَمْ تَرَ أَنَّ الْفُلْكَ تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِنِعْمَتِ اللَّهِ لِيُرِيَكُم مِّنْ ءَايَاتِهِ ۚ  إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَئَايَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurniaan ALLAH, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNYA? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur. {31:31}

وَإِذَا غَشِيَهُم مَّوْجٌ كَالظُّلَلِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ فَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ ۚ  وَمَا يَجْحَدُ بِئَايَاتِنَآ إِلَّا كُلُّ خَتَّارٍ كَفُورٍ

Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada ALLAH dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNYA semata-mata. Kemudian apabila sahaja ALLAH menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada ALLAH serta mengesakanNYA). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan KAMI melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi. {31:32}

يَآ أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَّا يَجْزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِ شَيْئًا ۚ  إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ  فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada TUHAN kamu, dan takutilah akan Hari (Akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji ALLAH itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah ALLAH. {31:33}

إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ  وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ  وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ  إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Sesungguhnya di sisi ALLAH pengetahuan yang tepat tentang Hari Kiamat. Dan DIA lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNYA. {31:34}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: