Al-Quran Muka Surat 417/604

[Muka surat 417/604]
[Surah as-Sajdah]
[Surah nombor 32, ayat 21-30]

وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَىٰ دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Dan demi sesungguhnya, KAMI akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di Akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat. {32:21}

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِئَايَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَآ ۚ  إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat TUHANnya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya KAMI tetap membalas. {32:22}

وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَلَا تَكُن فِي مِرْيَةٍ مِّن لِّقَآئِهِ ۖ  وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِّبَنِيٓ إِسْرَآئِيلَ

Dan demi sesungguhnya! KAMI telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana KAMI berikan Al-Qur’an kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan KAMI jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil. {32:23}

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ  وَكَانُوا بِئَايَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan KAMI jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama KAMI, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan KAMI. {32:24}

إِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

(Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya TUHANmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNYA di antara mereka pada Hari Kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya. {32:25}

أَوَلَمْ يَهْدِ لَهُمْ كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّنَ الْقُرُونِ يَمْشُونَ فِي مَسَاكِنِهِمْ ۚ  إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَئَايَاتٍ ۖ  أَفَلَا يَسْمَعُونَ

Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): bahawa KAMI telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)? {32:26}

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَسُوقُ الْمَآءَ إِلَى الْأَرْضِ الْجُرُزِ فَنُخْرِجُ بِهِ زَرْعًا تَأْكُلُ مِنْهُ أَنْعَامُهُمْ وَأَنفُسُهُمْ ۖ  أَفَلَا يُبْصِرُونَ

Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya KAMI mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu KAMI tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)? {32:27}

وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا الْفَتْحُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Dan mereka bertanya: “Bilakah datangnya Hari Pembukaan Bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?” {32:28}

قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لَا يَنفَعُ الَّذِينَ كَفَرُوٓا إِيمَانُهُمْ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa) pada Hari Pembukaan Bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)”. {32:29}

فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَانتَظِرْ إِنَّهُم مُّنتَظِرُونَ

Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka), sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu). {32:30}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: