Al-Quran Muka Surat 554/604

[Muka surat 554/604]
[Surah al-Jumu`ah]
[Surah nombor 62, ayat 9-11]

يَآ أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ  ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati ALLAH (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), {62:9}

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia ALLAH, serta ingatlah akan ALLAH banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). {62:10}

وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انفَضُّوٓا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَآئِمًا ۚ  قُلْ مَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ مِّنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ ۚ  وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: “Pahala – balasan) yang ada di sisi ALLAH, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan ALLAH sebaik-baik Pemberi Rezeki”. {62:11}

[Surah al-Munaafiquun]
[Surah nombor 63, ayat 1-4]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

إِذَا جَآءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ ۗ  وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Utusan ALLAH”. Dan ALLAH sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah UtusanNYA, serta ALLAH menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. {63:1}

اتَّخَذُوٓا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ  إِنَّهُمْ سَآءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Mereka menjadikan sumpah mereka (atau akuan mereka) sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri mereka dan harta benda mereka daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (diri mereka dan orang lain) dari menurut jalan ALLAH. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. {63:2}

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ ءَامَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ

(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas jantung hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah). {63:3}

وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ ۖ  وَإِن يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ ۖ  كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌ ۖ  يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ ۚ  هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ ۚ  قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۖ  أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuan mereka); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur kata mereka (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga ALLAH membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNYA. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka – dari kebenaran)? {63:4}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: